BANJIR SELANGOR 2022:SENARAI KAWASAN BERISIKO

BANJIR SELANGOR 2022:SENARAI KAWASAN BERISIKO

Banjir merupakan bencana alam yang sinonim dengan rakyat di negara ini, sama ada di bandar atau luar bandar.

Banjir besar biasanya berlaku pada musim tengkujuh timur laut akibat hujan berlarutan di merata tempat dan meliputi kawasan yang luas.

Penduduk Selangor khususnya di Klang dan Kuala Selangor supaya bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang berkemungkinan menyebabkan banjir apabila paras laut boleh mencecah sehingga 5.5 meter.

Paras laut berkenaan dibimbangi menyebabkan banjir dan menenggelamkan rumah jika disusuli hujan lebat yang menyebabkan pintu air terpaksa ditutup.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan banjir besar bakal melanda Malaysia penghujung bulan November susulan hujan lebat berterusan mulai pertengahan bulan depan.

Ketua Pengarah METMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata, fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.

Baca juga: PERMOHONAN LAMPU JALAN TNB (BORANG DAN KOS)

KAWASAN BERISIKO BANJIR SELANGOR

Kerajaan negeri arah pelbagai agensi & jabatan siap siaga mendepani Monsun Timur Laut yang dijangka melanda dalam bulan November-Disember 2022.

JPS Selangor turut mengemukakakan senarai kawasan berisiko banjir & banjir kilat di Selangor.

Sabak Bernam

  • Kg Nelayan Sg Besar
  • Kg Penerangan Sekinchan
  • Taman Sekinchan Jaya

Hulu Selangor

  • Kg Air Panas
  • Kg Genting Malek
  • Kg Jawa
  • Kg Orang Asli Sungai Jang
  • Kg Pasir
  • Tmn Serendah Makmur

Kuala Selangor

  • Kg Bukit Hijau
  • Kg Bukit Kuching
  • Kg Ijok Jln Robinson
  • Kg Merbau Indah
  • Kg Rantau Pan jang
  • Kg Seri Aman
  • Kg Seri Sentosa
  • Pekan Sg Buloh Jeram

Sepang

  • Kg Ampar Tenang
  • Kg Batu 31,Jalan Banting-Dengkil
  • Kg Cemperai,Dengkil
  • Kg Dato’ Abu Bakar Baginda
  • Kg Lalang
  • Kg Orang Asli Bt 28 Jenderam Hilir
  • Kg Orang Asli Bkt Tampoi Seberang
  • Kg Orang Asli Sg Melut
  • Kg Seri Tanjung
  • PUSPEN Dengkil
  • Tmn Baiduri, Dengkil
  • Tmn Kristal, Dengkil
  • Tmn Delima, Dengkil
  • Tmn Mas Puchong

Kuala Langat

  • Jln Bandar Lama
  • Jln Perak Kiri, Bukit Changgang
  • Jln Perepat, Tmn Dato Hormat
  • Jln Punai, Kebun Baru
  • Jln Tembaga Kiri, Bukit Changgang
  • Kg Orang Asli Kelanang, Morib
  • Kg Sijangkang
  • Kg Sg Nangka, Banting
  • Tmn Seri Jaromas

Klang

  • Jln Othman Utama
  • Jln Yadi Kg Delek
  • Kg Bukit Naga
  • Kg Hamid Tuah, Telok Gong
  • Kg Jln Kebun
  • Kg Johan Setia
  • Kilang Jln Prajurit, Telok Gong
  • Sg Daun, Pulau Indah
  • Tmn Kem Sg Keladi
  • Tmn Sri Muda, Klang

Petaling

  • Anak Sg Pati Liat, KM 2.7 Besraya
  • Kg Baru HICOM
  • Kg Melayu Subang
  • Kg Paya Jaras
  • Route 54 Jln Kuala Selangor

Gombak

  • Kawasan Industri SB Jaya
  • Kawasan Industri Sg Bakau
  • Kg Lee Kim Sai Rawang
  • Kg Melayu Batu 16 Rawang
  • Kg Melayu Sri Kundang
  • Kg Org Asli Sg Buloh
  • Kg Sg Bakau
  • Lorong Serai 14 Kuang
  • Pekan Rawang Jln Maxwell
  • Persimpangan Bukit Botak
  • Persimpangan Jln Chengal
  • Sekitar Pekan Batu Arang
  • Sekitar Pusat Kusta
  • Selayang Baru
  • Tmn Rahmat Jaya 3 Kuang

Hulu Langat

  • FELCRA Kg Sg Semungkis
  • Kg Bangi Lama
  • Kg Batu 10 Jln Cheras
  • Kg Desa Mahkota, Beranang
  • Kg Rinching Hulu
  • Kg Seri Taman Baru
  • Kg Sg Gahal, Batu 14
  • Kg Sg Kantan
  • Kg Sg Lui (Bt 20-23)
  • Kg Sg Raya Batu 9, Cheras
  • Kg Tasik Permai, Ampang
  • Tmn Bangi, Kajang
  • Tmn Desa Kerinchi
  • Tmn Desa Seroja, Kajang
  • Tmn Hijau, Kajang
  • Tmn Hulu Langat Jaya
  • Tmn Mahkota

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih mengenai banjir Selangor yang bakal melanda.

PERSEDIAAN MENGAHADAPI BANJIR SELANGOR 2022

  1. Sentiasa melihat dan mendengar tentang update terkini di media sosial lalu kenalpasti kawasan yang berisiko dilanda banjir di kawasan anda.
  2. Menyemak polisi insurans anda, sama ada ia akan cover kerugian akibat bencana banjir atau tidqak sebagai langkah berjaga-jaga.
  3. Segera menyelamatkan dan menyimpan segala dokumen penting seperti surat beranak, passsport, geran tanah, polisi insurandan dokumen berharga di peti simpanan selamat dan kalis air.Pastikan juga disimpan ditempat yang tinggi dan selamat.
  4. Segera asingkan dan menyediakan kit persediaan banjir seperti kad pengenalan, bekalan ubat, air minuman, makanan dalam tin, baju hujan, bateri dan keperluan anak agar anak tidak terlalu meragam semasa kejadian banjir berlaku,
  5. Cari dan ambil tahu mengenai Pusat Pemindahan Sementara dan kawasan selamat jika diarahkan berpindah dari kediaman sendiri. Jangan degil jika diarahkan ke Pusat Pemindahan kerana anda akan menyusahkan penyelamat.

Leave a Comment