BANTUAN KELUARGA MALAYSIA : (CARA MOHON, SEMAKAN STATUS, KEMASKINI, TARIKH BAYARAN BKM ISI RUMAH, BUJANG, WARGA EMAS 2022)

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA :(CARA MOHON, SEMAKAN STATUS, KEMASKINI, TARIKH BAYARAN BKM ISI RUMAH, BUJANG, WARGA EMAS 2022)

Menerusi perbentangan Belanjawan 2022, Menteri Kewangan YB Tengku Datuk Seri Zafrul telah mengumumkan bahawasanya pihak kerajaan Malaysia akan melancarkan bantuan tunai yang ditambah baik berbanding bantuan yang disalurkan sebelum ini.

Bantuan yang diperkenalkan ini diberi nama sebagai Bantuan Keluarga Malaysia. Bantuan ini dikatakan lebih bersasar untuk golongan yang susah dan betul-betul memerlukan bantuan. Pengenalan Bantuan Keluarga Malaysia ini untuk memastikan setiap kategori yang layak mendapat bantuan yang secukupnya mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan.

Selain itu juga, jumlah nilai Bantuan Keluarga Malaysia dinaikkan berdasarkan taraf ekonomi dan taraf sara hidup pada zaman sekarang. Semoga dengan bantuan ini dapat membantu serta meringankan bebanan rakyat yang mengalami kesulitan akibat daripada pandemik Covid19 yang telah melanda seluruh negara beberapa tahun ini.

Secara keseluruhan, Bantuan Keluarga Malaysia pada tahun 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun 2021.

Baca juga : SEMAKAN BKM MALAYSIA : PORTAL RASMI PERMOHONAN DAN SEMAK STATUS KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

Senarai Kandungan

APA ITU BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)?

Bantuan Keluarga Malaysia atau singkatannya adalah BKM merupakan bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. BKM telah ditambahbaik supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan. Berdasarkan cadangan yang diterima dari rakyat melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat.

Untuk makluman anda juga, BKM ini juga merupakan bantuan yang akan menggantikan bantuan yang sebelum ini yang dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). BKM dilaksanakan berdasarkan cadangan yang diterima berdasarkan keberkesanan bantuan BPR sebelum ini. Oleh itu, kepada anda yang menerima BPR sebelum ini akan menerima Bantuan Keluarga Malaysia dengan lebih bersasar dan mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Di bawah ini kami akan ulas kepada anda syarat kelayakan untuk menerima bantuan BKM ini.

SYARAT KELAYAKAN MENERIMA BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah ini.

PERKARAISI RUMAHWARGA EMAS BUJANG/TIADA PASANGANBUJANG
Status PerkahwinanKahwinBujangBujang
Status PerkahwinanIbu Bapa Tunggal yang mempunyai anak yang menepati syaratIbu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat Ibu Bapa Tunggal yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat
PendapatanRM5,000 dan ke bawahRM5,000 dan ke bawahRM2,500 dan ke bawah
Kelayakan UmurTiada had umur60 tahun dan ke atas21-59 tahun

[PERHATIAN] : Jika anda menepati syarat kelayakan diatas anda akan layak menerima bantuan BKM ini. Anda boleh membuat semakan status kelulusan bantuan BKM ini di bawah ini.

TARIKH KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU BKM 2022

Tempoh pengemaskinian maklumat dan buat permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 (1 bulan).

SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Pemohon yang memenuhi kriteria kelayakan yang dinyatakan di dalam jadual di atas boleh membuat semakan status kelulusan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di bawah ini.

  1. Klik Masuk ke Portal Rasmi Semakan Status Kelulusan BKM di sini : https://bkm.hasil.gov.my/#.
  2. Klik [LOG MASUK BKM].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.MyKad/ID Pengguna.
  4. Klik [Semak].
  5. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  6. Masukkan Kata Laluan/Password anda.
  7. Klik [Log Masuk].
  8. Anda akan dipaparkan Laman Utama Portal myBKM.
  9. Untuk Semakan Status Permohonan, klik Menu [Semakan Status].
  10. Status Permohonan anda akan dipaparkan sama ada Lulus atau Tidak Lulus/Tiada Rekod.
  11. Maklumat Pembayaran akan dipaparkan (Jika Lulus).

Untuk pengetahuan pemohon, Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

[PERHATIAN] Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemaskini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Kepada anda yang tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM dan anda memenuhi kriteria syarat kelayakan yang di nyatakan anda boleh membuat permohonan baru BKM seperti panduan permohonan BKM yang disediakan di bawah ini.

[PERHATIAN] Untuk pemohon atau yang berjaya melalui semakan status penerima BKM anda boleh membuat kemaskini maklumat anda jika ada penambahan. Contohnya, penambahan bilangan anak, jumlah pendapatan dan juga maklumat akaun bank anda. Anda boleh ikuti Panduan Kemaskini (BKM) di bawah ini.

CARA KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Kepada pemohon berstatus Permohonan Diterima dan ingin membuat perubahan atau penambahan Maklumat anak ataupun lain-lain, boleh membuat Kemaskini Permohonan anda berpandukan panduan yang disediakan di bawah ini.

  1. Klik Masuk ke Portal Rasmi Semakan Status Kelulusan BKM di sini : https://bkm.hasil.gov.my/#.
  2. Klik [LOG MASUK BKM].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.MyKad/ID Pengguna.
  4. Klik [Semak].
  5. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  6. Masukkan Kata Laluan/Password anda.
  7. Klik [Log Masuk].
  8. Anda akan dipaparkan Laman Utama Portal myBKM.
  9. Untuk Kemaskini Permohonan, klik Menu [Kemaskini Permohonan].
  10. Anda boleh membuat perubahan atau penambahan maklumat di bahagian Kemaskini Permohonan.
  11. Rujuk PDF Panduan Kemaskini Permohonan BKM 2022 di bawah ini.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

PANDUAN LENGKAP CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM).

  1. Sila masuk ke Portal Rasmi Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di sini : https://bkm.hasil.gov.my/PermohonanBKM?.

    Kepada anda yang ingin mendapatkan maklumat awal dan info awal pembukaan BKM boleh channel Telegram Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di sini : https://t.me/bantuankeluargamalaysia.

  2. Anda akan dibawa ke Bahagian Maklumat Pemohon.

  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.MyKad.

  4. Klik [Semak].

  5. Anda akan menerima Notifikasi sama ada “Sila log masuk MyBKM untuk tindakan kemas kini permohonan BKM 2022.” atau “Nombor Kad Pengenalan Tiada Dalam Rekod”.
    Untuk Permohonan Baru, hanya kepada pemohon yang menerima Notifikasi Tiada Rekod sahaja.

  6. Untuk pemohon yang menerima Notifikasi Kemaskini, anda dikehendaki Log Masuk BKM.

  7. Kemudian, kepada anda yang tiada Rekod dan perlu membuat Permohonan Baru, sila isi semua Maklumat di Bahagian [Maklumat Pemohon].

  8. Seterusnya, anda dikehendaki Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan untuk memastikan Permohonan Baru Bantuan Keluarga Malaysia anda diterima.

  9. Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan.

    Jenis Dokumen Sokongan yang perlu anda Muat Naik :
    Sijil Kahwin.
    Sijil Cerai/Sijil Kematian Pasangan.
    Pengesahan Pasangan.
    Pengesahan Status Pelajar Anak.
    Sijil Lahir Anak.

    Sila pastikan Dokumen yang dimuat naik tidak mempunyai kata laluan.
    Sila pastikan saiz fail yang dimuat naik mengikut saiz yang dibenarkan(3MB) untuk satu fail.
    Hanya Tiga (3) dokumen yang dibenarkan muat naik.
    Hanya jenis fail .pdf, .png, .jpg, .jpeg yang dibenarkan.

  10. Pilih Maklumat Wakil sama ada Ada Wakil atau Tiada Wakil ataupun Maklumat Sama Seperti Pasangan.

    Jika anda ingin mewakilkan bayaran yang diterima untuk diambil oleh anak ataupun orang lain sila pilih Ada Wakil dan masukkan Maklumat Wakil yang anda mahu wakilkan untuk anda.

  11. Check semua Maklumat dan Butiran yang anda isi sebelum ini adalah benar, betul dan lengkap.

  12. Klik [Teruskan] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.

  13. Anda akan dibawa ke Bahagian Pengesahan.

  14. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan.

  15. Klik [SAHKAN CAPTCHA].

  16. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [Kotak Kecil] Perakuan Pemohon berkenaan.

  17. Klik [Hantar] untuk Permohonan Baru MyBKM.

  18. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

  19. Selesai.

RAYUAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Jika permohonan anda telah ditolak selepas membuat semakan anda boleh membuat proses rayuan berdasarkan maklumat dibawah ini.

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN RAYUAN BKM 2022?

Pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah :

  1. Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BKM 2022 atau
  2. Pemohon yang berstatus Lulus BKM 2022 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.

BILAKAH TARIKH RAYUAN DIBUKA?

2 Mei 2022.

CARA MOHON RAYUAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat sekiranya Portal Rasmi BKM mula dilancarkan. Cara mohon rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut :

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM LHDNM, https://bkm.hasil.gov.my. (AKAN DIKEMASKINI)
  2. Penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.
  3. Anda digalakkan untuk membuat permohonan rayuan BKM 2022 secara dalam talian dengan mudah, cepat dan selamat. (JIKA DIBUKA UNTUK RAYUAN)

TARIKH BAYARAN BKM 2022

Pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

FASA 1

28 Mac 2022.

FASA 2

Tarikh bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 masih belum dimaklumkan lagi.

FASA 3

Tarikh bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 masih belum dimaklumkan lagi.

FASA 4

Tarikh bayaran (BKM) Fasa 4 masih belum dimaklumkan lagi.

JUMLAH NILAI BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Pemohon yang lulus akan menerima jumlah nilai bayaran mengikut kategori seperti di bawah ini.

ISI RUMAH

Pemohon yang berada di dalam kategori Isi Rumah boleh rujuk jadual dibawah ini untuk mengetahui jumlah nilai bayaran bantuan BKM yang anda akan dapat.

KATEGORIPENDAPATANBILANGAN ANAKJUMLAH NILAI BANTUAN (RM)
Isi RumahRM2,500 dan ke bawah0RM1,000
Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah 1-2RM1,500
Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah 3 dan ke atasRM2,000
Isi Rumah RM2,501 – RM5,0000RM400
Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 1-2RM600
Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 3 dan ke atasRM800

WARGA EMAS

Pemohon yang berada di dalam kategori Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan boleh rujuk jadual dibawah ini untuk mengetahui jumlah nilai bayaran bantuan BKM yang anda akan dapat.

KATEGORIPENDAPATANBILANGAN ANAKJUMLAH NILAI BANTUAN (RM)
Warga Emas Bujang/Tiada PasanganRM5,000 dan ke bawah0RM600

BUJANG

Pemohon yang berada di dalam kategori Bujang boleh rujuk jadual dibawah ini untuk mengetahui jumlah nilai bayaran bantuan BKM yang anda akan dapat.

KATEGORIPENDAPATANBILANGAN ANAKJUMLAH NILAI BANTUAN (RM)
BujangRM2,500 dan ke bawah0RM350

BAYARAN TAMBAHAN RM500 DAN RM300 BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Untuk makluman penerima yang berada dalam kategori isi rumah yang menepati syarat tambahan akan menerima bayaran tambahan RM500 dan RM300 seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah ini.

  1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

[Nota] Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

bayaran tambahan rm500 dan rm300 bkm 2022
bantuan tambahan bkm 2022 rm300 dan rm500

CARA ATAU KAEDAH BAYARAN BKM

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 dan BKC sebelum ini. Anda boleh rujuk dibawah ini untuk ketahui kaedah pembayaran bagi yang ada akaun dan juga yang tiada akaun.

ADA AKAUN BANK

Berikut merupakan kaedah atau cara bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk mereka yang ada akaun bank.

  1. Berjaya Kredit : Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
  2. Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup) : Tuntutan Tunai di Cawangan BSN atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/kemaskini BKM.

TIADA AKAUN BANK

Ini adalah kaedah atau cara bayaran BKM untuk mereka yang tiada akaun bank.

  1. Tuntutan Tunai di Cawangan BSN atau
  2. Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/kemaskini BKM pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.

SOALAN LAZIM (FAQ) BKM

Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah mengikut kategori yang dinyatakan di dalam artikel ini.

Bagaimana cara mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

Anda boleh memohon BKM menerusi Portal Rasmi BKM.HASIL.GOV.MY. Untuk panduan lengkap permohonan boleh ke artikel ini.

Macam mana nak check status kelulusan BKM?

Tuan/Puan boleh membuat semakan kelulusan Bantuan Keluarga Malaysia menerusi online. Lebih cepat dan mudah. Panduan semakan BKM boleh ke artikel ini.

Bilakah tarikh bayaran Bantuan Keluarga Malaysia?

28 Mac 2022 untuk Fasa 1.

NOMBOR HOTLINE BKM HASIL

Sebarang soalan dan pertanyaan anda boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat dan panduan supaya dapat memudahkan orang ramai serta memberi manfaat kepada mereka yang perlukannya.

Nombor Hotline Bantuan BKM : 1-800-88-2747.

4 thoughts on “BANTUAN KELUARGA MALAYSIA : (CARA MOHON, SEMAKAN STATUS, KEMASKINI, TARIKH BAYARAN BKM ISI RUMAH, BUJANG, WARGA EMAS 2022)”

Leave a Comment