Senarai Kandungan
BANTUAN TERKINI KWSP RM500 UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah bantuan-bantuan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari lalu.
Bantuan yang diperkenalkan itu termasuklah berbentuk kewangan kepada para ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berkelayakan.
Ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Terkini KWSP RM500 untuk semua rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.
Bantuan itu nanti akan disalurkan kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun .
Pada masa yang sama, Kerajaan berharap Rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.
Anwar berkata, kerajaan juga berharap rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.
Sementara itu, beliau berkata, Pada masa ini aset simpanan syariah dilaburkan bersama aset patuh syariah dalam simpanan konvensional.
Syarat Untuk dapat RM500
Kerajaan bersetuju untuk membuat tambahan bantuan kwsp rm500 kepada akaun 1 anda dengan syarat:
bantuan kwsp rm500 untuk semua rakyat malaysia
- Jumlah duit caruman anda setakat ini dan yang terkini melibatkan akaun 1 masih lagi tidak lebih RM10000
- Umur anda mestilah 40 tahun dan ke atas dan tidak lebih dari umur 54 tahun
- Jumlah pencarum melayu yang mempunyai simpanan yang mencukupi semakin merudum teruk
- Majoriti rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan purata RM16000 sebelum ini telah jatuh sebanyak 50 peratus banyak kepada hanya purata simpanan RM8100 sahaja