Senarai Kandungan
BANTUAN YURAN TADIKA SWASTA 2023
Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan, sama ada melalui peringkat Negeri atau Persekutuan bagi membantu mereka yang berkelayakan.
Salah satunya termasuklah bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi tujuan masing-masing dengan peruntukan tertentu.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan antara bantuan kewangan yang diperkenalkan: –
Bajet 2023: Subsidi Yuran Taska RM180 Bagi Penjawat Awam
Dalam Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan oleh PM Datuk Seri Anwar Ibrahim, antara insentif yang telah menarik perhatian ramai pihak adalah pemberian subsidi bagi yuran pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja sektor awam.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang subsidi ini.
Apakah Subsidi Yuran Taska Penjawat Awam 2023?
Pemberian yuran subsidi ini adalah sebanyak RM180 bagi seorang anak dan insentif ini diharap dalam meringinkan sedikit beban yang ditanggung oleh setiap penjawat awam yang perlu menghantar anak ke Taska.
Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha Taska oleh agensi di mana pegawai berkhidmat.
Sekiranya yuran tersebut melebihi RM180.00, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan.
BACA JUGA :
CARA MOHON RM50,000 WANG KWSP 2023
PERMOHONAN KHAS RUMAH PPR 2023 UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA
Subsidi Yuran Taska
Seperti mana yang diumumkan melalui Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan Subsidi Yuran Taska sebanyak RM180 bagi seorang anak.
Bantuan ini adalah diberikan khusus kepada para penjawat awam dengan tujuan untuk meringankan beban mereka.
Syarat-syarat Kelayakan
- Penjawat awam bergaji RM7,000 ke bawah;
- Anak berumur di bawah empat tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke Taska
- Hanya Taska di tempat kerja sektor awam dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
BANTUAN YURAN TADIKA SWASTA UNTUK RAKYAT SELANGOR SAHAJA (KLIK SINI)
Cara Memohon
Dimaklumkan bahawa sekiranya kadar yuran melebihi RM180 sebulan untuk seorang anak, baki selebihnya akan ditanggung oleh pegawai berkenaan.
Permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai tersebut berkhidmat. Pemohon perlu mengisi dengan lengkap segala maklumat yang di
BANTUAN YURAN TADIKA SWASTAperlukan pada borang permohonan.
- Salinan penyata gaji;
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak;
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara jika anak angkat/anak pelihara;
- Salinan Sijil Kelahiran/MyKid anak dan dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tersebut jika anak tiri;
- Salinan penyata gaji suami/isteri;
- Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai.