BKM FASA 1 : CHECK STATUS LULUS DAN TARIKH BAYARAN MAC 2022
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai Kerajaan yang diberikan kepada mereka yang layak mengikut kategori yang telah ditetapkan. Bantuan ini telah ditambah baik dari segi pengagihan mengikut kategori tertentu dan juga telah di tambah jumlah sehingga paling banyak RM2000.
Untuk makluman anda, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini akan dilaksanakan 4 kali setahun. Terkini, kepada pemohon yang lulus permohonan BKM 2022 akan menerima bayaran bagi Fasa 1 bermula pada bulan Mac 2022.
Baca juga : SEMAKAN BKM MALAYSIA : PORTAL RASMI PERMOHONAN DAN SEMAK STATUS KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
Bilakah tarikh bayaran BKM 2022 Fasa 1? Berapakah jumlah bayaran bagi isi rumah B40, M40, bujang dan warga emas akan dapat? Bagaimana cara semakan, check status lulus atau tidak BKM 2022? Adakah melalui kredit akaun atau macam mana terima bayaran tanpa akaun?
Mac 2022. Tarikh tepat masih belum diumumkan lagi.
CHECK STATUS LULUS BKM FASA 1
(NOTA) Buat masa ini masih tidak boleh semak sama ada anda lulus atau tidak. Untuk makluman awal info berkaitan tarikh semak lulus atau tidak dan tarikh bayaran BKM 2022 boleh join Channel Telegram Bantuan Keluarga Malaysia di sini : https://t.me/bantuankeluargamalaysia.
CARA CHECK/SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK DAN BAYARAN BKM FASA 1 MAC 2022.
- Klik Link Check Bayaran Fasa 1 BKM 2022 di sini : https://bkm.hasil.gov.my/#.
- Kemudian, klik [LOG MASUK BKM] di bahagian kanan atas anda.
- Anda akan dibawa ke Log Masuk BKM.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan yang tersedia.
- Klik [Semak].
- Klik [Ya] Kata Kunci Keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan/Password MyBKM anda.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Laman Utama myBKM.
- Untuk Semakan Bayaran BKM, sila Klik [Semakan Status].
- Lihat [Status Permohonan] anda.
- Jika Status Permohonan anda Lulus anda akan dapat melihat Maklumat Jumlah Bayaran dan Tarikh Bayaran BKM.
- Selesai.
Bayaran mengikut kateogri yang ditetapkan. Rujuk artikel ini untuk lihat jumlah sebenar.
JUMLAH BAYARAN BKM 2022
Jumlah atau nilai bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 kepada Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang adalah seperti berikut :

KAEDAH PEMBAYARAN BKM 2022
Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini :
- ADA AKAUN BANK (BERJAYA KREDIT) : Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
- ADA AKAUN BANK (Gagal kredit atau akaun tidak aktif dan akaun tutup) : Tuntutan Tunai di Cawangan BSN atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/kemaskini BKM.
- TIADA AKAUN BANK : Tuntutan Tunai di Cawangan BSN atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/kemaskini BKM.
1 thought on “BKM FASA 1 : CHECK STATUS LULUS DAN TARIKH BAYARAN MAC 2022”