BKM FASA 2 2022 : SEMAKAN ATAU PEMBAYARAN

BKM FASA 2 2022 : SEMAKAN ATAU PEMBAYARAN

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai Kerajaan yang diberikan kepada mereka yang layak mengikut kategori yang telah ditetapkan. Bantuan ini telah ditambah baik dari segi pengagihan mengikut kategori tertentu dan juga telah di tambah jumlah sehingga paling banyak RM2000.

Untuk makluman anda, pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini akan dilaksanakan 4 kali setahun. Terkini, kepada pemohon yang lulus permohonan BKM 2022 akan menerima bayaran bagi Peringkat 2 2022 bermula pada 28 Jun 2022.

Bilakah tarikh bayaran BKM 2022 Fasa 2? Berapakah jumlah bayaran bagi isi rumah B40, M40, bujang dan warga emas akan dapat? Bagaimana cara semakan, check status lulus atau tidak BKM 2022? Adakah melalui kredit akaun atau macam mana terima bayaran tanpa akaun?

Baca juga : SEMAKAN BKM MALAYSIA : PORTAL RASMI PERMOHONAN DAN SEMAK STATUS KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022.

BKM FASA 2 2022

Bilakah tarikh bayaran Fasa 2 BKM 2022?

28 Jun 2022.

Bagaimana Semak/Check Lulus atau Tidak BKM 2022?

Rujuk artikel ini.

SEMAKAN BKM FASA 2 2022

Kepada anda yang ingin melihat status bayaran Bantuan Keluarga Malaysia bagi 2022 boleh rujuk panduan ini.

Untuk makluman awal info berkaitan tarikh semak lulus atau tidak dan tarikh bayaran BKM 2022 boleh join Channel Telegram Bantuan Keluarga Malaysia di sini : https://t.me/bantuankeluargamalaysia.

  1. Klik Link Check Bayaran Fasa 2 BKM 2022 di sini : https://bkm.hasil.gov.my/# .
  2. Kemudian, klik [LOG MASUK BKM] di bahagian kanan atas anda.
  3. Anda akan dibawa ke Log Masuk BKM.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan di ruangan yang tersedia.
  5. Klik [Semak].
  6. Klik [Ya] Kata Kunci Keselamatan.
  7. Masukkan Kata Laluan/Password MyBKM anda.
  8. Klik [Log Masuk].
  9. Anda akan dibawa ke Laman Utama myBKM.
  10. Untuk Semakan Bayaran BKM, sila Klik [Semakan Status].
  11. Lihat Status Permohonan anda.
  12. Jika Status Permohonan anda Lulus anda akan dapat melihat Maklumat Bayaran dan Tarikh Bayaran BKM.
  13. Selesai.

PEMBAYARAN BKM FASA 2 2022

Bagaimanakah kaedah bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini dilaksanakan?

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini. Artikel penuh di dalam ini.

PEMBAYARAN BKM FASA 1
  • ADA AKAUN BANK (BERJAYA KREDIT) : Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
  • ADA AKAUN BANK (Gagal kredit atau akaun tidak aktif dan akaun tutup) : Tuntutan Tunai di Cawangan BSN atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/kemaskini BKM.
  • TIADA AKAUN BANK : Tuntutan Tunai di Cawangan BSN atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/kemaskini BKM.

2 thoughts on “BKM FASA 2 2022 : SEMAKAN ATAU PEMBAYARAN”

  1. Sdh kemaskini maklumat bln Januari lgi msih dlm proses mcm mna mhu tahu npa mhu ambil masa yg lama utk ksih lulus

    Reply

Leave a Comment