BKM HASIL GOV MY : SEMAKAN ATAU CHECK KELULUSAN FASA 1 2022 ONLINE BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

BKM HASIL GOV MY : SEMAKAN ATAU CHECK KELULUSAN FASA 1 2022 ONLINE BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Untuk makluman kepada anda semua, menerusi perbentangan Belanjawan 2022, Menteri Kewangan YB Tengku Datuk Seri Zafrul telah mengumumkan dimana kerajaan akan melancarkan bantuan yang lebih bersasar kepada mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan yang tinggi.

Bantuan ini akan diberikan berdasarkan kategori yang telah dikenal pasti. Terdapat beberapa kategori yang telah dimaklumkan. Bantuan ini dipecahkan kepada banyak kategori supaya bantuan ini dapat diagihkan mengikut tahap kewangan serta jumlah tanggungan. Oleh sebab itu, bantuan ini lebih bersasar dan ditambah baik dari bantuan yang diberikan sebelum ini.

Bantuan ini di beri nama sebagai Bantuan Keluarga Malaysia. Di bawah ini kami akan kupaskan kepada anda dan tunjuk kepada anda cara untuk memohon Bantuan Keluarga Malaysia serta check status kelulusan.

Baca juga : BKM HASIL GOV MY LOGIN : CARA MEMOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA DAN SEMAK STATUS KELULUSAN

Senarai Kandungan

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia atau dikenali sebagai BKM adalah bantuan dalam bentuk tunai yang akan diberikan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan BKM ini juga merupakan bantuan yang akan menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat yang dikenali sebagai BPR sebelum ini. BKM telah ditambah baik dan di tambah nilai jumlah bantuan hasil daripada kajian mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat saban hari ini.

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti yang dinyatakan di bawah ini. Anda dinasihatkan meneliti syarat yang diberitahu di bawah ini supaya anda jelas anda berada di dalam kategori yang mana dan setiap kategori dibayar mengikut jumlah yang berlainan.

SYARAT PERMOHONAN BKM ISI RUMAH

  1. Kahwin atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

WARGA EMAS BUJANG ATAU TIADA PASANGAN

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan
  2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

BUJANG

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat dan
  2. Had umur adalah 21-59 tahun dan
  3. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

CHECK STATUS BKM HASIL GOV MY

Bagaimana cara Check Status Permohonan BKM 2022 Online?

Anda boleh semak status Permohonan Di Terima atau Tida ataupun Tiada rekod melalui online di BKM HASIL GOV MY. Lihat panduan di dalam artikel ini.

CARA CHECK STATUS BKM 2022 ONLINE YANG ADA AKAUN BPR,BKC,BPN

  1. Klik Masuk ke Portal Rasmi Semakan Status Kelulusan BKM di sini : https://bkm.hasil.gov.my/#.
  2. Klik [LOG MASUK BKM].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.MyKad/ID Pengguna.
  4. Klik [Semak].
  5. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  6. Masukkan Kata Laluan/Password anda.
  7. Klik [Log Masuk].
  8. Anda akan dipaparkan Laman Utama Portal myBKM.
  9. Untuk Semakan Status Permohonan, klik Menu [Semakan Status].
  10. Status Permohonan anda akan dipaparkan sama ada Lulus atau Tidak Lulus.
  11. Maklumat Pembayaran akan dipaparkan (Jika Lulus).

CARA CHECK STATUS BKM 2022 ONLINE YANG TIADA AKAUN ATAU YANG TIDAK PERNAH MOHON BANTUAN

  1. Klik Masuk ke Portal Rasmi Semakan Status Kelulusan BKM di sini : https://bkm.hasil.gov.my/#.
  2. Klik [Permohonan Baharu].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.MyKad di Menu Maklumat Pemohon.
  4. Klik [Semak].
  5. Anda akan menerima Notifikasi sama ada anda pernah memohon ataupun tiada rekod. Jika tiada rekod sila buat Permohonan Baru seperti panduan yang disediakan di bawah ini.

PERMOHONAN BARU BKM HASIL GOV MY

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Bagaimana cara buat Permohonan Baru BKM 2022 Online/Borang?

Anda boleh buat Permohonan Baru BKM 2022 Online melalui BKM HASIL GOV MY. Panduan Lengkap di dalam artikel ini.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN BARU BKM HASIL GOV MY 2022 ONLINE.

  1. Klik Laman Web Online Permohonan Baru BKM Hasil di sini : PERMOHONAN BAHARU

  2. Anda akan dibawa ke Bahagian Maklumat Pemohon.

  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.MyKad.

  4. Klik [Semak].

  5. Anda akan menerima Notifikasi sama ada “Sila log masuk MyBKM untuk tindakan kemas kini permohonan BKM 2022.” atau “Nombor Kad Pengenalan Tiada Dalam Rekod”.

  6. Untuk Permohonan Baru, hanya kepada pemohon yang menerima Notifikasi Tiada Rekod sahaja.

  7. Untuk pemohon yang menerima Notifikasi Kemaskini, anda dikehendaki Log Masuk BKM untuk Semakan Status Permohonan Diterima atau Tidak. Rujuk panduan Semakan di bawah ini.

  8. Kemudian, kepada anda yang tiada Rekod dan perlu membuat Permohonan Baru, sila isi semua Maklumat di Bahagian [Maklumat Pemohon].

  9. Seterusnya, anda dikehendaki Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan untuk memastikan Permohonan Baru Bantuan Keluarga Malaysia anda diterima.

  10. Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan.

    Jenis Dokumen Sokongan yang perlu anda Muat Naik :
    Sijil Kahwin.
    Sijil Cerai/Sijil Kematian Pasangan.
    Pengesahan Pasangan.
    Pengesahan Status Pelajar Anak.
    Sijil Lahir Anak.

    Sila pastikan Dokumen yang dimuat naik tidak mempunyai kata laluan.
    Sila pastikan saiz fail yang dimuat naik mengikut saiz yang dibenarkan(3MB) untuk satu fail.
    Hanya Tiga (3) dokumen yang dibenarkan muat naik.
    Hanya jenis fail .pdf, .png, .jpg, .jpeg yang dibenarkan.

  11. Pilih Maklumat Wakil sama ada Ada Wakil atau Tiada Wakil ataupun Maklumat Sama Seperti Pasangan.

    Jika anda ingin mewakilkan bayaran yang diterima untuk diambil oleh anak ataupun orang lain sila pilih Ada Wakil dan masukkan Maklumat Wakil yang anda mahu wakilkan untuk anda.

  12. Check semua Maklumat dan Butiran yang anda isi sebelum ini adalah benar, betul dan lengkap.

  13. Klik [Teruskan] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.

  14. Anda akan dibawa ke Bahagian Pengesahan.

  15. Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan.

  16. Klik [SAHKAN CAPTCHA].

  17. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [Kotak Kecil] Perakuan Pemohon berkenaan.

  18. Klik [Hantar] untuk Permohonan Baru MyBKM.

  19. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

  20. Selesai.

BORANG PDF PERMOHONAN BARU BKM 2022

Jika anda ingin memohon BKM 2022 melalui borang anda boleh download/muat turun borang PDF di bawah ini. Isi borang selengkapnya dan Hantar Borang Permohonan bersama dengan Dokumen Sokongan yang diminta.

SILA MASUK KE CHANNEL TELEGRAM INFO KERAJAAN MALAYSIA UNTUK MENJADI YANG TERAWAL YANG TAHU BERKAITAN INFO BANTUAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK KERAJAAN MALAYSIA. JOIN CHANEL TELEGRAM INFO KERAJAAN MALAYSIA DI SINI : https://t.me/bantuankeluargamalaysia.

KEMASKINI BKM HASIL GOV MY

Siapakah yang perlu Kemaskini BKM 2022 Online?

Pemohon yang berstatus Permohonan Diterima dan mempunyai perubahan atau penambahan. Panduan Kemaskini di dalam artikel.

CARA KEMASKINI BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE

Kepada anda yang berstatus Permohonan Diterima dan ingin membuat perubahan atau penambahan maklumat seperti tambahan bilangan anak boleh rujuk PDF Kemaskini BKM di bawah ini.

  1. Klik Masuk ke Portal Rasmi Semakan Status Kelulusan BKM di sini : https://bkm.hasil.gov.my/#.
  2. Klik [LOG MASUK BKM].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.MyKad/ID Pengguna.
  4. Klik [Semak].
  5. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  6. Masukkan Kata Laluan/Password anda.
  7. Klik [Log Masuk].
  8. Anda akan dipaparkan Laman Utama Portal myBKM.
  9. Untuk Kemaskini Permohonan, klik Menu [Kemaskini Permohonan].
  10. Anda boleh membuat perubahan atau penambahan maklumat di bahagian Kemaskini Permohonan.
  11. Rujuk PDF Panduan Kemaskini Permohonan BKM 2022 di bawah ini.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN BKM UNTUK ISI RUMAH WARGA EMAS DAN BUJANG

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti jadual berikut. Pastikan anda kenal pasti anda berada di kategori bantuan yang mana dan setiap kategori jumlah bayaran bantuan BKM adalah berlainan.

jumlah bayaran bantuan bkm isi rumah warga emas dan bujang

BAYARAN TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) RM500 DAN RM300

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut :

  1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau
  2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
bayaran tambahan bkm rm500 atau rm300
bayaran tambahan bantuan keluarga malaysia rm500 atau rm300

KAEDAH ATAU CARA BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini :

kaedah cara bayaran bantuan keluarga malaysia di bkm hasil gov my

HOTLINE/CUSTOMER SERVICE BKM HASIL GOV MY

Jika anda ada soalan dan ingin membuat pertanyaan, anda boleh hubungi pihak yang bertanggunjawab berkenaan dengan Bantuan BKM ini di maklumat yang kami kongsikan di bawah ini. Anda boleh rujuk kepada mereka yang berwajib. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat dan info ini bertujuan untuk memudahkan urusan mereka yang mencari maklumat seperti ini. Semoga perkongsian kami ini dapat memudahkan urusan anda dan memberi manfaat kepada anda semua.

Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747

Hotline BKK MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566

2 thoughts on “BKM HASIL GOV MY : SEMAKAN ATAU CHECK KELULUSAN FASA 1 2022 ONLINE BANTUAN KELUARGA MALAYSIA”

  1. Saya dah lama tak berkerja saya suri rumah tak ada suami saya single mom suami saya meninggal saya sendiri tanggung saya dah cuba cari kerja tapi tak ada nk ambk sebab umur saya 51 tahun

    Reply

Leave a Comment