BKM HASIL GOV MY LOGIN FASA 1 2022 : CARA SEMAKAN ATAU CHECK STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Melalui Bajet 2022, Menteri Kewangan YB Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan bantuan yang lebih efektif dan lebih bermanfaat yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Melalui Bantuan Keluarga Malaysia ini juga merupakan datang dengan kadar bantuan tunai yang tertinggi iaitu sebanyak RM2000 kepada mereka yang memenuhi syarat kelayakan. Menerusi pelaksaan BKM ini akan dapat membantu mereka yang terkesan teruk kesan daripada wabak Covid19 yang telah melanda negara ini.
Di bawah ini pihak kami akan berkongsi kepada tentang Bantuan Keluarga Malaysia dan cara untuk membuat permohonan dan juga cara untuk membuat semakan status kelulusan.
Baca juga : CARA BUKA AKAUN CDS ONLINE GUNA BURSA ANYWHERE UNTUK JUAL BELI SAHAM MALAYSIA
Senarai Kandungan
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Bantuan Keluarga Malaysia atau singkatannya adalah BKM merupakan bantuan dalam bentuk tunai yang ditambah baik oleh pihak kerajaan berdasarkan situasi ekonomi yang telah melanda Malaysia akibat pandemik Covid19. Bantuan BKM telah dinaikkan jumlah bantuannya kepada RM2000 paling tinggi setakat ini. Untuk makluman anda, BKM ini merupakan bantuan yang akan menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan bantuan ini di tambah baik untuk pastikan bantuan ini sampai kepada mereka yang sepatutnya dengan nilai bantuan yang sepatutnya.
Boleh rujuk kenyataan di lam web rasmi : https://bpr.hasil.gov.my/.
JUMLAH BANTUAN BKM MENGIKUT KATEGORI
Di bawah ini kami akan kongsikan kepada anda Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia yang akan diterima mengikut kategori yang telah dinyatakan.
KATEGORI | JUMLAH BANTUAN |
KATEGORI 1 | Pendapatan Isi Rumah RM2500 dan ke bawah. Mempunyai Lebih 3 anak. Jumlah Bantuan adalah RM2000. |
KATEGORI 2 | Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan. Mempunyai 1 hingga 2 orang anak dan Jumlah Bantuan adalah RM1500. Untuk mereka yang tiada anak jumlah bantuan adalah RM1,000. |
KATEGORI 3 | Ibu bapa tunggal dengan tanggungan. Jumlah Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan akan dapat Bantuan sebanyak RM500. |
KATEGORI 4 | Bantuan RM300 akan diberikan kepada warga emas. |
BKM HASIL GOV MY LOGIN
PANDUAN LENGKAP BKM HASIL GOV MY LOGIN/LOG MASUK.
- Klik Link Rasmi LOGIN/LOG MASUK BKM HASIL GOV MY di sini : https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login.
- Anda akan berada di Halaman Utama untuk Log Masuk BKM Online.
- Sebagai makluman, Login/Log Masuk ini adalah untuk mereka yang sudah mempunyai akaun atau pemohon ataupun penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini. Sila guna Kata Laluan semasa Log Masuk Bantuan BPR sebelum ini. Untuk yang TIADA REKOD, anda dikehendaki membuat Permohonan Baharu. Panduan Permohonan Baharu BKM 2022 di sediakan di bawah. Untuk anda yang mempunyai Kata Laluan boleh teruskan untuk membuat Semakan Status dan juga Kemaskini permohonan.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Kemudian, Klik [Semak].
- Klik [Ya] untuk Kata Kunci Keselamatan jika Betul.
- Seterusnya, masukkan Kata Laluan/Password anda di ruangan yang disediakan.
- Klik [Log Masuk] untuk Login BKM online.
- Akhirnya, anda berjaya LOG MASUK ke BKM HASIL GOV MY LOGIN.
- Halaman Utama myBKM memaparkan beberapa Menu yang anda boleh gunakan.
- Pilih Semakan Status untuk Semak Permohonan Lulus atau Tidak Lulus.
- Pemohon yang berstatus Lulus akan dapat lihat jumlah Bantuan yang bakal diterima dan pemohon yang Tidak Lulus akan diberikan alasan dan Kod Tidak Lulus.
- Selesai.
CARA MEMOHON BKM HASIL GOV MY
Untuk pengetahuan anda, permohonan untuk Bantuan Keluarga Malaysia boleh dibuat menerusi online ataupun melalui borang. Pihak kami sarankan kepada anda untuk mohon melalui online.
Panduan Lengkap Permohonan Baharu BKM 2022 di sini : MYBKM PERMOHONAN BARU BORANG PDF KEMASKINI DAN SEMAKAN MELALUI LOG MASUK BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE.
BKM 2022 SEMAKAN STATUS
Kepada anda yang ingin buat Semakan Status BKM 2022 Online boleh rujuk Panduan Lengkap di sini : SEMAKAN BKM MALAYSIA : PORTAL RASMI PERMOHONAN DAN SEMAK STATUS KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Untuk Isi Rumah, Warga Emas Bujang dan Bujang yang menepati syarat permohonan. Anda boleh lihat di dalam artikel ini untuk syarat yang lebih jelas.
Penerima BKM yang layak menerima bantuan RM2000 adalah Isi Rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2500 dan mempunyai 3 orang anak ke atas.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan dan soalan anda boleh ajukan kepada pihak LDHN di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat dan informasi berkaitan BKM ini untuk memudahkan mereka yang memerlukan maklumat seperti ini. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi manfaat kepada anda serta memudahkan urusan anda.
Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia(MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.
Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747.
Hotline BKK MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566.
1 thought on “BKM HASIL GOV MY LOGIN FASA 1 2022 : CARA SEMAKAN ATAU CHECK STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA”