BONUS KHAS RM700 UNTUK HARI RAYA

Senarai Kandungan

Bonus Khas RM700 Untuk Hari Raya

Perdana Menteri Umum Berita Gembira

Bonus Khas RM700 Hari raya 2023  penjawat awam dan pesara kerajaan tertanya-tanya jika ada bonus kepada mereka. Dalam usaha meringankan beban rakyat di musim perayaan.  Dalam  Belanjawan 2023 bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Khas RM700 Untuk Hari raya. Terdapat pelbagai bantuan yang diberikan pada Bajet 2023 pada kali ini. Malaysia Madani  yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ini meliputi semua aspek kehidupan.

Baca juga : SEMAKAN BKM 2023 FASA 1 2023 : TARIKH BAYARAN BANTUAN

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bayaran itu juga diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan . “Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM350 kepada pesara kerajaan.

Bonus Khas RM700 Untuk Hari Raya

Kerajaan Perpaduan Tak Lupakan Jasa Penjawat Awam

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada bulan April 2023,”. Selain itu, kerajaan akan menyediakan subsidi yuran taska RM180 sebulan. kerajaan juga  menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5,000 kepada RM7,000. Bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu penjawat awam dan pesara yang kini terkesan dengan kenaikan harga barang.

Ternyata kerajaan tidak melupakan jasa dan pengorbanan penjawat awam. Bonus khas RM700 untuk Hari Raya memang memberi impak besar kerana dengan cabaran ekonomi pada masa kini, kerajaan masih mampu memberi bonus khas RM700 untuk hari raya kepada penjawat awam. Kerajaan Perpaduan amat berterima kasih atas kesungguhan yang tidak berbelah bahagi anggota awam dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Baca juga: PERMOHONAN TERKINI ZAKAT SELANGOR UNTUK PENDIDIKAN 2023 : CARA PERMOHONAN

“Kerajaan memang silih berganti, tetapi penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi negara,” katanya pada pembentangan Bajet Mini di sini, hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan itu di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jan 2023. Akta berkenaan akan membenarkan perbelanjaaan dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi sebahagian tahun 2023 antaranya termasuk bagi tujuan pembayaran penjawat awam.

Rujukan :

https://berita.rtm.gov.my/~berita/index.php/semasa/58004-penjawat-awam-dapat-bonus-aidilfitri-rm700

https://www.malaysiakini.com/news/656332

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bonus Khas Rm700

Leave a Comment