CALTEXGO:CARA DAFTAR/GUNA ISI MINYAK

CALTEXGO:CARA DAFTAR/GUNA ISI MINYAK

Sekiranya anda selalunya mengisi minyak Caltex, kini Caltex telah memperkenalkan aplikasi CaltexGo bagi memudahkan pelanggannya untuk membuat pembayaran. Disini kami akan kongsikan cara penggunaannya, semoga membantu. Apa itu CaltexGo? CaltexGo merupakan satu aplikasi yang membolehkan anda melakukan pembayaran untuk mengisi minyak terus pada telefon. Ianya sekaligus memudahkan dan mempercepatkan proses pembayaran tanpa perlu ke kaunter.

Baca juga: PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2022 ONLINE

Senarai Kandungan

CARA DAFTAR CALTEXGO

Untuk memudahkan urusan penggunaannya, anda seharusnya memuat turun dan dan install aplikasi ini terlebih dahulu:

  • Play Store bagi pengguna Android
  • Apple Store bagi pengguna IOS

Berikut adalah merupakan cara daftar kali pertama:

Cara daftar CaltexGo

  1. Buka aplikasi CaltexGo di telefon anda.

  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap.

  3. Setelah berjaya, anda boleh login kembali untuk teruskan penggunaannya.

  4. Selesai.

CARA GUNA

Berikut adalah merupakan cara penggunaan aplikasi ini:

  1. Hidupkan Perkhidmatan Lokasi anda
    • Pandu ke stesen Caltex terdekat anda dan dayakan Perkhidmatan Lokasi anda. Sahkan stesen Caltex semasa dengan memilih “Bayar Mudah Alih”.
    • Cara hidupkan lokasi anda bagi di telefon iPhone:
      • Pergi ke Tetapan iPhone anda
      • Klik pada Privasi > Perkhidmatan Lokasi
      • Scroll ke bawah dan klik CaltexGO
      • Pilih ‘Semasa Menggunakan Apl’ untuk memilih akses lokasi
  2. Masukkan nombor pam & ketik “Sahkan”
    • Pada aplikasi CaltexGO, masukkan nombor pam yang betul dan sahkan pilihan iaitu. kaedah pembayaran pilihan anda, mata kesetiaan dan jumlah bahan api.
    • Pastikan anda melakukannya dengan selamat dari dalam kenderaan pegun atau ketika berada di dalam kedai serbaneka untuk penunggang motosikal.
  3. Mula mengisi minyak
    • Hanya angkat muncung dari pam dan isi minyak!
  4. Semak bayaran anda
    • Anda akan menerima resit terperinci transaksi anda sejurus selepas pembayaran anda disahkan. Lihat pembayaran anda dengan selamat dari dalam kenderaan pegun atau dalam kedai serbaneka untuk penunggang motosikal apabila anda selesai mengisi minyak.

SENARAI STESEN CALTEX

Kini terdapat 58 stesen minyak Caltex di Malaysia yang menyokong pembayaran melalui Caltex Go, dan lebih banyak stesen lagi akan menyokongnya tidak lama lagi.

Untuk menyemak senarai penuh stesen minyak Caltex terlibat anda boleh rujuk DI SINI

1 thought on “CALTEXGO:CARA DAFTAR/GUNA ISI MINYAK”

Leave a Comment