CARA BUKA AKAUN CDS ONLINE GUNA BURSA ANYWHERE UNTUK JUAL BELI SAHAM
Untuk makluman anda, jika anda mempunyai keinginan untuk melakukan trading atau jual beli Saham Bursa Malaysia dan mengalami kesukaran untuk membuka akaun trading Saham anda, kini anda boleh membuka akaun hanya menerusi online sahaja.
Sebagai pengetahuan anda, sebelum anda melakukan trading atau jual beli saham anda dikehendaki membuka dan memiliki akaun CDS. Akaun CDS berfungsi sebagai akaun yang akan digunakan oleh anda untuk membeli dan menjual Saham Bursa Malaysia.
Dahulu jika ingin membuka akaun CDS anda dikehendaki ke kaunter tetapi kini anda boleh membuka akaun CDS menerusi hanya menggunakan aplikasi di telefon bimbit anda yang telah disediakan yang dikenali Bursa Anywhere.
Di bawah ini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk buka akaun CDS secara online menggunakan aplikasi atau apps Bursa Everywhere. Tetapi sebelum itu, pastikan anda tahu syarat yang ditetapkan oleh pihak Bursa sebelum anda memohon pembukaan akaun CDS.
Baca juga : CARA CHECK NOMBOR KWSP GUNA IC : SEMAK NO AHLI MENERUSI I-AKAUN
SYARAT MEMBUKA AKAUN CDS SAHAM BURSA MALAYSIA
Di bawah ini adalah beberapa syarat yang perlu anda patuhi jika ingin membuka akaun CDS Bursa Malaysia.
- Seorang individu yang telah mencapai umum lapan belas (18) tahun pada tarikh permohonan.
- Sebuah perbadanan dalam konteks Seksyen 4 Akta Syarikat 1965.
- Mana-mana badan korporat yang diperbadankan dalam Malaysia dan secara notis, diterbitkan melalui Warta, diisytiharkan sebagai pihak berkuasa awam atau instrumen atau Agensi bagi Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana negeri Malaysia.
- Sebuah persatuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkait dengan persatuan koperasi.
- Sebuah amanah atau perbadanan amanah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
- Mana-mana pertubuhan yang didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966.
- Badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen.
CARA BUKA AKAUN CDS ONLINE UNTUK JUAL BELI SAHAM BURSA SAHAM MALAYSIA
PANDUAN LENGKAP CARA UNTUK BUKA AKAUN CDS ONLINE UNTUK JUAL BELI SAHAM BURSA MALAYSIA MENGGUNAKAN BURSA EVERYWHERE.
- Muat Turun atau Download Apps Bursa Anywhere di Link Rasmi di bawah ini.
Pengguna Android : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bursamalaysia.eCDS&hl=en_US.
Pengguna IOS : https://apps.apple.com/us/app/bursa-anywhere/id1454339260. - Anda akan dibawa ke Paparan Utama Welcome to Bursa Anywhere.
- Klik [REGISTER].
- Anda akan dibawa ke Create Bursa Anywhere Account.
- Sila pilih ID Type [New NRIC].
- Masukkan Nombor IC anda di ruangan NEW NRIC NUMBER.
- Klik [NEXT].
- Anda akan diberikan Notifikasi No CDS Account Found jika anda tidak pernah membuka akaun CDS sebelum ini dan ini merupakan Pertama Kali Anda Buka Akaun CDS.
- Untuk Pertama Kali Buka Akaun CDS, tekan [Yes] di Notifikasi.
- Baca dan Fahami Term & Conditions CDS Account Opening.
- Klik [AGREE].
- Anda akan di bawa ke Create a Bursa Anywhere Account.
- Masukkan Nama Penuh anda seperti di Kad Pengenalan di ruangan NAME OF APPLICANT.
- Klik [NEXT].
- Masukkan Tarikh Lahir anda.
- Pilih Jantina anda.
- Masukkan Alamat Emel anda.
- Masukkan Nombor Telefon anda.
- Klik [NEXT].
- Cipta atau Create USERNAME anda untuk Login Masuk Bursa Anywhere.
- Cipta atau Create PASSWORD anda.
- Ulang taip PASSWORD yang anda cipta di Confirm Password.
- Klik [NEXT].
- Pilih 3 Soalan dan 3 Jawapan untuk Tujuan Keselamatan.
- Klik [DONE].
- Anda akan menerima SMS TAC Verification.
- Masukkan SMS TAC Code.
- Klik [SUBMIT].
- Anda akan dibawa ke paparan Personal Particulars.
- Semak Details Pendaftaran anda tadi, jika betul klik [NEXT].
- Sila masukkan Nombor Telefon Rumah/Office.
- Klik [NEXT].
- Pilih RACE/BANGSA anda.
- Pilih RESIDENCE STATUS anda.
- Klik [NEXT].
- Anda dikehendaki memasukkan Alamat anda seperti di Kad Pengenalan anda.
- Klik [NEXT].
- Tick COPY FROM REGISTERED ADDRESS jika untuk Surat Menyurat menggunakan Alamat sama. Jika berlainan, sila masukkan Alamat Surat Menyurat anda.
- Klik [NEXT].
- Pilih Bank anda, Masukkan Nombor Akaun Bank anda, Tick (Jika anda gabung Bank Akaun) Jika tidak biarkan NO.
- Seterusnya, anda dikehendaki Muat Naik (UPLOAD) Gambar Depan Kad Pengenalan anda.
- Kemudian, anda dikehendaki Muat Naik (UPLOAD) Gambar Belakang Kad Pengenalan anda.
- Dan, anda dikehendaki Muat Naik (UPLOAD) Dokumen Sokongan.
- Klik [NEXT].
- Sila Pilih Broker yang disediakan atau yang anda mahukan.
- Setelah selesai permohonan ini, ia akan dimaklumkan dalam tempoh 2 hari selepas menghantar permohonan.
1 thought on “CARA BUKA AKAUN CDS ONLINE GUNA BURSA ANYWHERE UNTUK JUAL BELI SAHAM”