CARA CHECK NOMBOR KWSP GUNA IC : SEMAK NO AHLI
Jika anda mengalami masalah untuk mendapatkan Nombor Ahli KWSP anda, anda boleh rujuk di bawah. Di bawah ini kami akan kongsikan kepada anda bagaimana untuk anda check Nombor KWSP menggunakan Nombor Kad Pengenalan anda dan juga menerusi online iaitu i-Akaun.
Untuk makluman anda, Nombor Ahli KWSP penting jika anda ingin berurusan berkaitan dengan urusan KWSP contohnya, pengeluaran dana atau permohonan i-Citra dan i-Lestari.
Di sini kami akan tunjukkan kepada anda cara untuk membuat Semakan Nombor KWSP anda.
CARA CHECK NOMBOR KWSP GUNA IC
Jika anda inginkan sebarang maklumat berkenaan dengan Maklumat dan Info berkaitan kerajaan Malaysia boleh ke laman web perkongsian ini di EKERAAJAN MALAYSIA.
CARA SEMAK NOMBOR AHLI KWSP EPF CMC
Berikut merupakan Cara Semak Nombor Ahli KWSP EPF CMC.
- Anda dikehendaki menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP (EPF CMC) iaitu : 03-89226000.
- Di talian ini sila jelaskan masalah anda kepada pihak pengurusan pelanggan iaitu Anda Terlupa Nombor Ahli KWSP.
- Apabila anda menjelaskan masalah terlupa Nombor Ahli KWSP, anda dikehendaki menjawab beberapa soalan untuk tujuan Verifikasi dan Keselamatan.
- Jika jawapan anda betul, pihak EPF CMC akan memberikan nombor KWSP anda selepas itu.
- Pastikan anda simpan dan rekod Nombor KWSP anda tersebut.
CARA CEK NOMBOR KWSP I-AKAUN EPF SELAIN GUNA IC
PANDUAN LENGKAP CARA CEK NOMBOR KWSP I-AKAUN EPF.
- Sila layari laman web RASMI I-AKAUN KWSP di pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/.
- Tekan [LOGIN].
- Klik [i-AKAUN (MEMBER)].
- [PERHATIAN] Anda dikehendaki membuat pendaftaran i-Akaun KWSP terlebih dahulu sebelum membuat semakan Nombor KWSP menerusi i-Akaun.
- Anda dikehendaki dapatkan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN (PASSWORD) sementara dengan menghubungi KWSP di talian 03-89226000.
- Selain itu, pendaftaran kali pertama juga boleh dibuat di Kiosk atau Kaunter KWSP. Sebaiknya cuba dahulu melalui talian yang disediakan di atas.
- Setelah Verifikasi dibuat, pihak KWSP akan hantar butiran kepada tuan puan melalui SMS.
- Sila aktifkan i-Akaun menggunakan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN (PASSWORD) sementara yang diterima, di laman web rasmi KWSP di langkap 1 di atas.
- Pastikan anda masuk ke Laman Web Rasmi KWSP.
- Tekan [LOGIN].
- Klik [i-AKAUN MEMBER].
- Isi ID PENGGUNA sementara anda (Untuk Pengguna Pertama Kali).
- Isi KATA LALUAN (PASSWORD) sementara anda (Untuk Pengguna Pertama Kali).
- Tick Agree untuk Terma dan Syarat. (Untuk Pengguna Pertama Kali).
- Tekan [SETERUSNYA].
- Sila Ubah ID PENGGUNA atau PASSWORD sementara anda (Jika diminta).
- Seterusnya selesai apa yang diminta. Dan jika selesai sila LOGIN ke akaun anda.
- Tekan [MY ACCOUNT].
- Nombor Ahli KWSP anda akan dipaparkan di sini.
- Sila Simpan dan Cetak Nombor Ahli KWSP anda untuk tujuan permohonan dan juga rujukan dari masa ke semasa.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang pertanyaan dan soalan anda boleh hubungi pihak KWSP sendiri. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat dan informasi berkaitan ini untuk memudahkan urusan mereka yang memerlukan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Talian Sokongan KWSP : https://www.kwsp.gov.my/reach-us/connect-with-us.
Cara check akaun kswp guna ic