CARA DAFTAR SETEL PETRONAS : PANDUAN LENGKAP ISI MINYAK GUNA APPS

CARA DAFTAR SETEL PETRONAS : PANDUAN LENGKAP ISI MINYAK GUNA APPS

Kini anda tidak lagi perlu ke kaunter ataupun menggunakan debit atau kredit kad untuk mengisi minyak kenderaan anda. Jika anda merupakan pelanggan setia Petronas, anda hanya perlu menggunakan apps atau aplikasi sahaja untuk isi minyak di Petronas. Anda tidak lagi perlu membawa duit cash ataupun mengeluarkan semata-mata untuk mengisi minyak. Jimat masa anda. Tekan, isi dan Setel.

Di bawah ini kami akan terangkan kepada anda secara terperinci berkenaan dengan aplikasi atau apps yang baru dilancarkan kepada pelanggan Petronas iaitu Setel.

Baca juga : SEMAKAN BKM MALAYSIA : PORTAL RASMI PERMOHONAN DAN SEMAK STATUS KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

APA ITU SETEL PETRONAS?

Setel Petronas merupakan aplikasi atau apps online untuk pembayaran, pam dan go yang membolehkan anda memperoleh sehingga 5x ganjaran di pam tanpa perlu turun dan dan tanpa menggunakan mesin kad kredit.

Setel berfungsi melalui sistem pembayaran berdasarkan GPS di mana anda membayar petrol anda di lebih daripada 740 stesen PETRONAS melalui aplikasi. Yang perlu anda buat hanyalah mengesahkan bahawa aplikasi tersebut mempunyai lokasi yang tepat, tekan nombor pam anda, dan kemudian beritahu aplikasi berapa banyak petrol yang anda mahukan.

KELEBIHAN MENGGUNAKAN APPS SETEL PETRONAS

  • Anda berpeluang untuk mendapat rebat petrol. Ini adalah yang paling menarik sekali. Contohnya, anda boleh dapat rebate petrol dan tak perlu bayar apa-apa.
  • Anda tidak perlu ke kaunter pembayaran untuk membuat pembelian petrol (mengisi minyak).
  • Anda tidak perlu mengeluarkan kad kredit atau kad debit untuk pembelian di pam.
  • Anda berpeluang mendapat kredit apabila anda dapat menarik kenalan anda untuk turut menggunakan aplikasi SETEL.
  • Rekod pembelian petrol atau mengisi minyak direkod secara automatik ke dalam kad Mesra.
  • Resit pembayaran terus masuk ke dalam emel anda. Tidak akan ada isu resit hilang, atau isu tulisan pada resit yang tidak jelas.
  • Kad Mesra disertakan dalam aplikasi SETEL. Secara automatik, akan tercatat rekod untuk setiap kali anda mengisi minyak.

[NOTA] Di bawah ini kami akan tunjukkan kepada anda cara untuk anda daftar akaun Setel Petronas terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Panduan Lengkap cara daftar Setel Petronas adalah seperti di bawah ini.

CARA DAFTAR SETEL PETRONAS

PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR SETEL PETRONAS.

  1. Klik Link Rasmi Pendaftaran Setel Petronas di sini : https://www.setel.com/ref/vwjn2.

  2. Klik [REGISTER].

  3. Sila masukkan Nombor Telefon anda.

  4. Klik [TERUSKAN].

  5. Sila masukkan Kod Pengesahan yang telah dihantar ke Nombor Telefon anda.

  6. Pada PROMO CODE (OPTIONAL), masukkan kod [ vwjn2 ], untuk mendapatkan RM5 secara percuma selepas menggunakan aplikasi SETEL untuk mengisi minyak.

  7. Cipta atau buat PIN baru anda.

  8. Klik [TETAPKAN PIN].

  9. Cipta atau reka Nombor PIN yang anda senang ingat.

  10. Sahkan Nombor Pin anda sekali lagi dengan taip semula Pin yang anda cipta tadi.

  11. Jika anda menggunakan HP yang boleh Hidup Pengesahan Face ID boleh juga Hidupkan atau Aktifkan.

  12. Jika anda ingin Bayar dengan CardTerus boleh masukkan detail Card ATM anda di ruangan [ADD CARD]. Jika nak setup selepas ini tekan [SET UP LATER].

  13. Klik [BENARKAN PENJEJAKAN].

  14. Sila [AKTIFKAN LOKASI].

  15. Pendaftaran akaun anda telah Berjaya.

  16. Anda boleh download apps atau aplikasi Setel Petronas di telefon bimbit anda.

  17. Kemudian, login masuk ke Setel Petronas anda menggunakan Nombor Telefon anda dan juga Code yang dihantar ke Nombor Telefon anda.

  18. Selesai untuk pendaftaran. Seterusnya, kita ke cara topup atau tambah nilai di dalam apps dan juga cara guna apps Setel Petronas.

[NOTA] Sebelum anda menggunakan Setel untuk mengisi minyak di Petronas, anda dikehendaki tambah nilai atau topup duit ke dalam Setel terlebih dahulu. Cara untuk tambah nilai atau topup nilai di dalam wallet Setel Petronas seperti di bawah ini.

CARA TOPUP DAN TAMBAH NILAI SETEL PETRONAS

Di bawah ini adalah panduan cara topup dan tambah nilai Setel Petronas.

  • Buka aplikasi atau apps Setel Petronas anda.
  • Tekan [Pay] di menu bawah.
  • Tekan [Topup] di Balance anda.
  • Anda dikehendaki SELECT A TOP-UP AMOUNT sama ada RM20,40,60,80,100 atau Other. Minimum topup RM10.
  • Kemudian, anda dikehendaki pilih Payment Method.
  • Sila pilih Online Banking untuk memudahkan anda topup atau tambah nilai Setel Petronas anda menggunakan CIMBCLICKS atau MAYBANK2U dan lain2 internet banking.
  • Tekan [TOP-UP NOW].
  • Pilih Bank Online Banking yang anda mahu gunakan untuk topup atau tambah nilai secara online.
  • Selesaikan proses Online Banking anda untuk proses topup.
  • Jika dah selesai, jumlah di balance anda akan bertambah seperti nilai yang anda masukkan semasa topup atau semasa tambah nilai tadi.
  • Seterusnya, anda boleh mula guna Setel Petronas untuk mengisi minyak seperti panduan di bawah ini.

CARA GUNA SETEL PETRONAS

  • Buka aplikasi atau apps Setel Petronas anda.
  • Pastikan anda sudah berada di lokasi Petronas yang anda mahukan. Dan pastikan Petronas tersebut mempunyai perkhidmatan Setel. Caranya adalah lihat sticker berwarna Biru Setel Petronas.
  • Pandu kereta anda ke Pam Minyak yang anda mahukan.
  • Lihat aplikasi atau apps Setel Petronas anda akan dipaparkan Purchase Fuel.
  • Klik [Purchase Fuel] dan klik Got IT.
  • Sila pilih Nombor Pump yang anda berada. Lihat di Pump yang anda parking akan ada Label Nombor Pump Setel di Pump tersebut.
  • Pilih Jumlah yang anda mahu isi.
  • Klik [PAY].
  • Masukkan Nombor Pin yang anda cipta semasa pendaftaran atau jika anda aktifkan Face ID untuk buka kekunci segera lakukan Face ID muka anda.
  • Seterusnya jika keluar paparan Start Refuelling Now, anda sudah boleh mula mengisi minyak ke kereta anda.
  • Jika sudah selesai mengisi, letak semula nozzle pump dan masuk ke dalam kereta.
  • Anda boleh dapatkan resit penuh dengan cara download PDF pada link yang disediakan. Dalam masa sama juga, anda dapat Mesra Point.
  • Selesai. Mudah dan senang kan. Selepas ini, tak perlu la nak keluar dan beratur panjang semata-mata nak buat pembayaran. Setel kan ada.

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan soalan anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi informasi supaya dapat memudahkan anda serta memberi manfaat kepada anda semua. Semoga perkongsian kami ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada mereka yang memerlukan informasi seperti ini.

Setel Ventures Sdn Bhd,
Level 17, M-05, Nucleus Tower,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya.

Hubungi Setel di sini : https://setelappsupport.zendesk.com/hc/en-us.

Leave a Comment