CARA DAFTAR VAKSIN PENGGALAK GUNA MYSEJAHTERA UNTUK BEKERJA ATAU BELAJAR ATAU MELANCONG ATAU UMRAH KE LUAR NEGARA SERTA MENJAGA ORANG YANG BERISIKO

CARA DAFTAR VAKSIN PENGGALAK GUNA MYSEJAHTERA UNTUK BEKERJA ATAU BELAJAR ATAU MELANCONG KE LUAR NEGARA ATAU UMRAH SERTA MENJAGA ORANG YANG BERISIKO

Untuk makluman anda, jika anda memerlukan suntikan vaksin penggalak atau booster untuk melengkapkan urusan anda, kini anda boleh membuat janjitemu menerusi MySejahtera bagi mendapat vaksin penggalak. Anda juga boleh lakukan secara walk in di PPV atau Klinik yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Begitu juga jika anda ingin mengerjakan umrah anda mestilah mendapatkan suntikan vaksin penggalak bagi melengkapkan syarat menunaikan umrah oleh pihak Arab Saudi. Menurut Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Twitter telah memaklumkan kerajaan telah menambah satu ciri baharu dalam apps MySejahtera untuk kegunaan individu yang bakal mengerjakan ibadat umrah dan mereka perlu mengambil dos penggalak (booster) vaksin Covid-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) menerusi laman Twitter memberi panduan cara untuk memohon dos penggalak bagi tujuan umrah dan juga kepada yang memerlukannya.

Menerusi hantaran tersebut, JKJAVMY berkongsi paparan video bagi memudahkan proses pemohonan dos galakan untuk tujuan berkenaan.

Baca juga : i-SAYANG : CARA MOHON PENGELUARAN KWSP UNTUK PEMINDAHAN KE AKAUN ISTERI SEBANYAK 2% 2022

Baca juga : BKM HASIL GOV MY : CARA MEMOHON DAN CHECK STATUS KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

CARA DAFTAR VAKSIN PENGGALAK GUNA MYSEJAHTERA

PANDUAN LENGKAP CARA DAFTAR VAKSIN PENGGALAK ATAU BOOSTER GUNA MYSEJAHTERA.

  1. Buka Apps atau Aplikasi MySejahtera di telefon bimbit anda.

  2. Anda akan dibawa ke Halaman Check-IN.

  3. Tekan [Close] pada bahagian atas kanan anda.

  4. Anda akan dibawa ke paparan utama MySejahtera.

  5. Untuk Daftar Vaksin Penggalak atau Booster, sila tekan [Helpdesk].

  6. Anda akan dibawa ke Welcome to MySejahtera Helpdesk.

  7. Untuk tukar kepada Bahasa Malaysia sila tekan di Choose Language.

  8. Kemudian, tekan [MULA/START].

  9. Anda akan dibawa ke paparan MySejahtera : Bagaimana kami boleh membantuan anda?

  10. Cara pilihan di bawah paparan tersebut iaitu “Janji Temu Vaksinasi Penggalak”.

  11. Tekan “Janji Temu Vaksinasi Penggalak”.

  12. Anda akan di bawa ke halaman rasmi Janji Temu Vaksinasi Penggalak.

  13. Sila pilih sebab dan alasan untuk anda dapatkan vaksin penggalak atau booster.

  14. Terdapat pilihan A sehingga G.

  15. Jika anda ingin menunaikan UMRAH sila tekan G iaitu “Saya perlu ke luar negara untuk urusan perniagaan/umrah”.

  16. Anda akan di bawa ke halaman Butiran.

    Sila isi butiran di bawah dan muat naik segala dokumen yang diperlukan supaya pihak kami boleh mempercepatkan permohonan vaksinasi penggalak anda.

  17. Sila masukkan ID Pengguna MYSJ anda.

  18. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.

  19. Pilih Negara Malaysia.

  20. Muat Naik/ Upload Fail atau Dokumen yang menyatakan anda memerlukan dos vaksin booster.

  21. Sila bawa dokumen yang di muat naik/ upload untuk pengesahan di Pusat Pemberian Vaksin.

  22. Tekan [Seterusnya].

  23. Anda akan diberikan maklumat dan tarikh pemberian vaksin penggalak.

  24. Selesai.

VIDEO TOTURIAL CARA REGISTER VAKSIN BOOSTER ATAU PENGGALAK

Pihak kami kongsikan di bawah ini kepada anda paparan video dari Twitter JKJAVMY untuk toturial cara register vaksin booster atau penggalak atau dos 3 guna MySejahtera.

CARA DAFTAR VAKSIN BOOSTER ATAU PENGGALAK SECARA WALK IN

Di bawah ini adalah alternatif untuk anda mendapatkan vaksin dos booster atau dos penggalak menerusi atau secara walk in.

  1. Masuk ke laman web ProtectHealth di pautan rasmi ini : https://protecthealth.com.my/ms/.
  2. Tekan Cari Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
  3. Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan walkin/telefon/email untuk daftar temujanji ini melalui website Protect Health ini.

Berikut merupakan syarat untuk mendapatkan vaksin penggalak atau booster secara walk in.

  • Petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan.
  • Individu berusia 40 tahun dan ke atas.
  • Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi.
  • Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang.
  • Ibu mengandung.
  • Keperluan ke luar negara untuk tujuan bekerja, umrah, belajar dan melancong.

RUJUKAN

Sebarang soalan dan pertanyaan anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat dan info untuk anda yang memerlukan maklumat seperti ini. Semoga perkongsian kami ini dapat memudahkan urusan anda dan memberi manfaat sebanyaknya kepada yang memerlukan.

Sila hubungi Talian Hotline KKM & Agensi Berkaitan COVID-19 di Malaysia di pautan ini : https://covid-19.moh.gov.my/hotline.

Leave a Comment