CARA KELUARKAN DUIT KWSP SEKARANG

  • Cara keluarkan duit KWSP

Senarai Kandungan

Cara Keluarkan Duit KWSP Sekarang

Mungkin ramai yang ingat pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat untuk beli rumah. KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu . Terdapat 17 jenis pengeluaran sebahagian yang boleh dibuat sebelum pengeluaran penuh pada 55 tahun.  Inin memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa.

Baca juga :

Semak Bayaran STR Fasa 2 

Cara Mohon Bantuan eKasih 2023

Kerajaan beri bantuan RM500 sempena Hari Raya Aidilfitri

Pengeluaran sebahagian duit KWSP

  1. Umur 50
    • Anda boleh membuat sekali sahaja pengeluaran sebahagian ataupun kesemua simpanan Akaun 2 . Apabila anda  mencapai umur 50 tahun untuk digunakan sebagai persediaan untuk persaraan anda.
  2. Pendidikan
    • Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2.  ini bertujuanmembiayai pendidikan sendiri, pasangan , anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.
  3. Beli Rumah
    • Ahli dibenarkan membuat pengeluaran Akaun 2 bagi membiayai pembelian rumah.
  4. Bina Rumah
    • Ahli dibenarkan membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai pembinaan rumah.
  5. Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Rumah
    • Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan atau memberi bantuan pembiayaan kepada pasangan.
  6. Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
    • Anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membantu membayar ansuran bulanan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.
  7. Perumahan Fleksibel
    • Anda boleh menggunakan simpanan KWSP kini dan masa depan untuk menguatkan lagi had kelayakan bagi mendapatkan pinjaman perumahan dari institusi kewangan.
  8. Perumahan PR1MA
    • Ahli KWSP di alu-alukan untuk menggunakan simpanan semasa dan juga simpanan kemudian hari demi mendapatkan rumah PR1MA pertama anda.
  9. Haji
    • Ahli beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.
  10. Kesihatan
    • KWSP membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.
  11. Simpanan Melebihi RM1 Juta
    • KWSP memberi kelonggaran kepada ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM1 juta untuk membuat pengeluaran dan mengurus sendiri lebihan simpanan.

pengeluaran kwsp sebahagian

Pengeluaran penuh duit KWSP

  1. Pekerja Berpencen / Pesara Pilihan
    • Pekerja sektor awam boleh membuat pengeluaran sekali sahaja sebelum umur 55 tahun setelah diberikan taraf Pekerja Berpencen.
  2. Hilang Upaya
    • Pengeluaran Hilang Upaya kami membolehkan anda mengeluarkan semua simpanan KWSP jika keadaan keupayaan fizikal atau mental anda terjejas sehingga menghalang anda untuk bekerja. Bagi ahli yang layak, anda akan menerima RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban anda.
  3. Umur 55 Tahun
    • Apabila mencapai umur 55 tahun, caruman yang diterima ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2 anda akan digabungkan ke dalam Akaun 55. Anda boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian daripada simpanan daripada akaun ini pada bila-bila masa. Sekiranya anda memilih untuk terus bekerja selepas umur 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.
  4. Umur 60 Tahun
    • Pengeluaran ini merupakan lanjutan daripada pengeluaran umur 55 tahun, dan ia memenuhi keperluan ahli yang memilih untuk melanjutkan umur persaraan dan sambung bekerja selepas umur 55 tahun. Pada umur 60 tahun, kesemua simpanan yang terkumpul dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan untuk pengeluaran. Anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara sekali gus atau sebahagian pada bila-bila masa untuk membiayai persaraan anda.
  5. Meninggalkan Negara
    • Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia untuk berhijrah ke negara lain; atau ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal, boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP.
  6. Meninggal Dunia
    • Sekiranya anda meninggal dunia, simpanan KWSP anda merupakan jaminan kepada orang-orang tersayang anda. ini  dapat membantu meringankan beban kewangan serta menampung perbelanjaan pengurusan pengebumian. Ahli keluarga yang di bawah tanggungan anda juga akandipertimbangkan untuk menerima satu bayaran Bantuan Kematian bagi membantu mereka dalam waktu kesulitan.

Ini adalah satu satunya Cara Keluarkan Duit KWSP Sekarang untuk rakyat Malaysia. Mungkin anda boleh pertimbangkan jika anda betul-betul mempunyai keperluan di atas.

 

Leave a Comment