CARA KEMASKINI GKP : PANDUAN UPDATE MAKLUMAT AKAUN BANK PENERIMA GERAN KHAS PRIHATIN 2021 BERSTATUS GAGAL KREDIT
Pengumuman kepada penerima GKP PERMAI, GKP PEMERKASA+, GKP 3.0 dan GKP 4.0 yang gagal kredit, anda boleh buat kemaskini maklumat akaun bank anda melalui laman web rasmi Geran Khas Prihatin (GKP)
Tempoh pembukaan semula kemas kini maklumat akaun bank kepada penerima GKP yang berstatus Gagal Kredit dibuka secara dalam talian di portal rasmi GKP bermula 06 Disember sehingga 20 Disember 2021.
Perkara ini dimaklumkan oleh pihak LHDN menerusi Facebook LHDN Malaysia. Untuk makluman anda, proses kemaskini hanya menerusi talian di portal rasmi GKP sahaja. Oleh itu, jika anda merupakan penerima yang berstatus gagal kredit sila kemaskini maklumat akaun bank anda pada tarikh yang telah ditetapkan.
Senarai Kandungan
SIAPAKAH YANG PERLU BUAT KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK GKP 2021?
Kemaskini maklumat akaun bank mestilah dilakukan oleh penerima GKP tetapi berstatus GAGAL KREDIT. Sila pastikan maklumat Akaun bank yang dikemaskini adalah AKAUN BANK PERIBADI ATAS NAMA PEMOHON GKP (BUKAN AKAUN BANK PERNIAGAAN), BERSTATUS AKTIF DAN BERDAFTAR MENGGUNAKAN NOMBOR KAD PENGENALAN BAHARU PEMOHON. Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan.
Untuk makluman anda, Penerima GKP berstatus Lulus tetapi Gagal Kredit semasa bayaran GKP, pembayaran semula kepada penerima yang mengemas kini dalam tempoh yang ditetapkan adalah terhad kepada pembayaran semula bagi program GKP tahun 2021 sahaja.
TARIKH KEMASKINI PENERIMA GKP GAGAL KREDIT 2021
Tarikh kemaskini terakhir maklumat akaun bank GKP 2021 bermula pada 6 Disember 2021 sehingga 20 Disember 2021. Pastikan anda membuat kemaskini pada tarikh tersebut jika anda termasuk mereka yang gagal kredit menerima GKP 2021.
CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK GKP STATUS GAGAL KREDIT 2021
PANDUAN LENGKAP CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK GKP UNTUK PENERIMA YANG BERSTATUS GAGAL KREDIT 2021.
- Klik Portal Rasmi Kemaskini GKP 2021 di sini : https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [Ya] Adakah ini kata kunci keselamatan anda?
- Masukkan Password/Kata Laluan anda.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan berada di Halaman Utama Geran Khas Prihatin.
- Klik [Kemaskini No.Akaun] di bawah sekali.
- Pilih Nama Bank Pemohon.
- Masukkan Nombor Akaun Bank Pemohon.
Sila masukkan nombor akaun simpanan peribadi pemohon ATAU nombor akaun semasa peribadi pemohon dan bukan akaun bank semasa syarikat.
- Klik [Hantar].
- Pop-up akan keluar di paparan skrin anda menunjukkan proses kemaskini maklumat bank telah berjaya.
- Klik [OK].
- Semakan maklumat bank yang telah dikemaskini boleh disemak dengan menekan butang [Papar Borang].
- Rujuk di bahagian Maklumat Bank Pemohon.
- Proses kemaskini maklumat bank gagal kredit GKP 2021 telah selesai.
- Bayaran berstatus gagal kredit penerima GKP 2021 akan dilakukan selepas itu berdasarkan tarikh yang diumumkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN SEMULA PENERIMA GKP 2021 BERSTATUS GAGAL KREDIT
Tarikh pembayaran semula kepada penerima sedia ada GKP yang berstatus Gagal Kredit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di portal rasmi GKP.
PERTANYAAN
Jika anda mempunyai soalan yang berkaitan dengan GKP ini anda boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini. Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).