CARA MOHON BANTUAN EKASIH 2023

Cara Mohon Bantuan eKASIH 2023
Cara Mohon Bantuan eKASIH 2023

Senarai Kandungan

Cara Mohon Bantuan eKASIH 2023

Penerima bantuan sering dikaitkan dengan eKasih, namun tahukah anda apa itu sistem eKasih?

Ia merupakan satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

Tambahan pula, eKasih ini bukanlah program bantuan, tetapi ia merupakan simpanan data.

Data yang dikumpulkan dalam sistem ini akan disalurkan kepada program bantuan pembasmian kemiskinan dan sebagainya.

Orang ramai perlu mengetahui cara mohon bantuan eKASIH 2023 dengan  mengikut prosedur di bawah.

SEMAKAN BKM MALAYSIA FASA 1 : TARIKH SEMAKAN DAN KELULUSAN

Definisi eKasih

eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program dab bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima..

Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

 

Cara Mohon Bantuan eKASIH 2023

Panduan Pendaftaran

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) cara mohon bantuan eKASIH 2023.

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

Komponen Penting eKasih

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), Maklumat Lokasi, Kediaman, Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Walaubagaimanapun Keluarga atau individu yang layak perlu hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui telefon, surat atau e-mel rasmi.

Orang awam juga boleh membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu butiran KIR dan AIR akan direkodkan dalam pendaftaran iaitu:

  • lokasi
  • kediaman
  • pendidikan
  • kemahiran
  • pekerjaan
  • harta
  • kesihatan
  • bantuan
  • pendapatan

Semak permohonan 

Selepas melakukan semua perkara di atas, anda boleh membuat semakan di link berikut :

https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

 

Rujukan

https://www.kpwkm.gov.my/kpwkm/index.php?r=portal/about&id=S2FXUVBnbTY1T0twYXhRcy8wcVl6Zz09

https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx

https://www.thesundaily.my/home/belanjawan-2023-langkah-agresif-kerajaan-tangani-kos-sara-hidup-EO10694550

 

Leave a Comment