CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM 2022 MELALUI ONLINE ATAU BORANG
Terlebih dahulu anda dikehendaki membuat semakan sama ada anda layak menerima bantuan ini berdasarkan data bantuan yang direkodkan sebelum ini ataupun perlu membuat permohonan atau pendaftaran baru bagi kelayakan mendapat Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Baca juga : SEMAKAN STATUS BKM : CARA CHECK KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA ONLINE 2022
Semakan serta Kemaskini dan permohonan baru boleh dilakukan bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 (1 Bulan) berdasarkan makluman yang diberikan oleh pihak LHDN.
Jika semakan status permohonan memaparkan status Permohonan Diterima maka anda tidak perlu membuat sebarang permohonan baru. Kemaskini Maklumat boleh dibuat jika terdapat sebarang perubahan atau penambahan. Tetapi jika semakan status menunjukkan anda tiada rekod ataupun perlu membuat permohonan baru jadi anda perlu membuat akaun untuk mohon Bantuan BKM 2022 ini.
Sila rujuk panduan yang disediakan dibawah ini untuk cara mohon Bantuan Keluarga Malaysia 2022 untuk pendaftaran dan permohonan baru.
[PERHATIAN] PASTIKAN ANDA MASUK KE CHANNEL TELEGRAM BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) UNTUK MAKLUMAM AWAL PERMOHONAN DAN SEMAKAN DI PAUTAN INI : https://t.me/bantuankeluargamalaysia.
Anda boleh rujuk Soalan Lazim yang disediakan oleh pihak LHDN MALAYSIA di bawah ini untuk Maklumat Lengkap berkaitan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.
MAKLUMAT LENGKAP BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022
CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
PANDUAN LENGKAP CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) ONLINE 2022
- Klik Portal Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia di link ini : https://bkm.hasil.gov.my/#.
- Anda akan dibawa ke Halaman Permohonan Baharu MyBKM.
- Tekan [Permohonan Baharu].
- Anda akan dibawa ke Bahagian Maklumat Pemohon.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.MyKad.
- Tekan [Semak].
- Anda akan menerima Notifikasi sama ada “Sila log masuk MyBKM untuk tindakan kemas kini permohonan BKM 2022.” atau “Nombor Kad Pengenalan Tiada Dalam Rekod”.
- Untuk Permohonan Baru, hanya kepada pemohon yang menerima Notifikasi Tiada Rekod sahaja. Untuk pemohon yang menerima Notifikasi Kemaskini, anda dikehendaki Log Masuk BKM.
- Kemudian, kepada anda yang tiada Rekod dan perlu membuat Permohonan Baru, sila isi semua Maklumat di Bahagian [Maklumat Pemohon].
- Seterusnya, anda dikehendaki Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan untuk memastikan Permohonan Baru Bantuan Keluarga Malaysia anda diterima.
- Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan.
Jenis Dokumen Sokongan yang perlu anda Muat Naik :
Sijil Kahwin.
Sijil Cerai/Sijil Kematian Pasangan.
Pengesahan Pasangan.
Pengesahan Status Pelajar Anak.
Sijil Lahir Anak.
Sila pastikan Dokumen yang dimuat naik tidak mempunyai kata laluan.
Sila pastikan saiz fail yang dimuat naik mengikut saiz yang dibenarkan(3MB) untuk satu fail.
Hanya Tiga (3) dokumen yang dibenarkan muat naik.
Hanya jenis fail .pdf, .png, .jpg, .jpeg yang dibenarkan. - Pilih Maklumat Wakil sama ada Ada Wakil atau Tiada Wakil ataupun Maklumat Sama Seperti Pasangan.
Jika anda ingin mewakilkan bayaran yang diterima untuk diambil oleh anak ataupun orang lain sila pilih Ada Wakil dan masukkan Maklumat Wakil yang anda mahu wakilkan untuk anda.
- Check semua Maklumat dan Butiran yang anda isi sebelum ini adalah benar, betul dan lengkap.
- Tekan [Teruskan] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Anda akan dibawa ke Bahagian Pengesahan.
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan.
- Tekan [SAHKAN CAPTCHA].
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [Kotak Kecil] Perakuan Pemohon berkenaan.
- Klik [Hantar] untuk Permohonan Baru MyBKM.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
BORANG PERMOHONAN BARU BKM 2022 ONLINE
Anda boleh Muat Turun/Download Borang Permohonan Baru BKM 2022 di bawah ini. Tekan Download untuk dapatkan borang tersebut.
BORANG SERAHAN DOKUMEN SOKONGAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Kepada anda yang ingin menghantar Borang Permohonan Baharu BKM 2022, sila Download/Muat Turun Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 di bawah ini. Dan dihantar sekali ke Pejabat LHDN yang berdekatan dengan anda.
MAKLUMAT LANJUT
Jika anda terdapat sebarang soalan dan pertanyaan, anda boleh hubungi pihak berwajib di bawah ini.
Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747
Hotline BKM MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566
E-mel : [email protected].
1 thought on “CARA MOHON BANTUAN KELUARGA MALAYSIA BKM 2022 MELALUI ONLINE ATAU BORANG”