CARA MOHON ILINDUNG KWSP : BELI INSURANS HAYAT DAN PENGELUARAN PENYAKIT KRITIKAL 2022
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Lindung sebagai satu kemudahan yang akan dilancarkan untuk bakal pesara. I-Lindung adalah skim yang membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 untuk membuat pembelian insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP. Perkara itu dinyatakan di dalam Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021, pada 23 November 2021 oleh Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Badri Mohd Zahir.
Persidangan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu berlangsung selama 2 hari.
Mengenai persidangan itu, Ahmad Badri berkata, ISWC tahun ini bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai aspek isu ketaksamaan global.
“Bersama-sama, kami percaya rangka kerja perlindungan sosial lebih baik boleh membantu kami dalam meminimumkan, jika tidak membasmi, kesan negatifnya kepada manusia,” kata beliau.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam ucapan awalnya berkata, antara perkara paling membimbangkan akibat pandemik ini ialah peningkatan isu ketaksamaan.
“Isu ketaksamaan ini wujud awal sebelum berlakunya pandemik. Walaupun banyak negara cuba mengurangkan impak COVID-19 dengan menggerakkan pelbagai sumber secara intensif dan berjangka pendek, usaha ini untuk sementara waktu dan tidak memberikan penyelesaian jangka panjang yang berupaya memelihara hayat dan kehidupan masyarakat.
“Oleh itu, ISWC tahun ini dinaik taraf, menyaksikan penganjur yang juga kuasa berpengaruh dalam negara, berkumpul bersama-sama barisan penceramah yang ternama bagi menyelami isu berkaitan ketaksamaan, termasuk dari aspek ekonomi, penjagaan kesihatan, dan pendidikan,” katanya.
ISWC 2021 selama dua hari itu dianjurkan bersama oleh KWSP, Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Pejabat Perdana Menteri, dan Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa.
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dijadual menutup persidangan itu esok.
Baca juga : SEMAKAN BKM MALAYSIA : PORTAL RASMI PERMOHONAN DAN SEMAK STATUS KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
iLINDUNG KWSP
iLINDUNG KWSP merupakan satu kemudahan yang akan dilancarkan untuk bakal pesara. i-Lindung KWSP adalah skim yang membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 untuk membuat pembelian insurans hayat dan penyakit kritikal menerusi platform KWSP.
CARA MOHON iLINDUNG KWSP
Anda boleh mula membuat permohonan pengeluaran iLINDUNG KWSP apabila dibuka. Pembukaan atau pelancaran secara rasmi akan dibuat pada suku pertama tahun 2022.
Permohonan iLINDUNG KWSP boleh dibuat menerusi laman web rasmi KWSP iaitu : https://www.kwsp.gov.my/.
iLindung KWSP adalah kemudahan untuk bakal pesara yang membenarkan pengeluaran dari akaun dua (2) bagi pembelian insurans hayat dan juga pembayaran penyakit kritikal.
Tuan/Puan boleh membuat permohonan iLindung KWSP menerusi laman web rasmi. Sila ke artikel ini untuk keterangan lanjut.