CGSO EVETTING UNTUK APA (CARA DAFTAR/LOGIN 2022)
Sebenarnya E-Vetting untuk apa? Bagaimanakah cara daftar di evetting cgso atau evetting@cgso?Adakah perlu login di (evetting cgso gov my)?
Senarai Kandungan
CGSO EVETTING
Penerangan di sini.
Di bawah ini terdapat butiran berkaitan dengan evetting.
Baca juga : PENYATA MAYBANK ONLINE DAN ATM TERKINI : CARA PRINT ATAU DAPATKAN BANK STATEMENT (DOWNLOAD).
EVETTING UNTUK APA
Untuk makluman anda, EVETTING ialah Tapisan Keselamatan oleh Kerajaan Malaysia secara atas talian.
Tapisan Keselamatan adalah satu proses yang dapat membantu menentang kegiatan-kegiatan subversif, espionaj, sabotaj dan keganasan sama ada dari dalam atau luar negara.
Proses ini mampu mengenal pasti kelemahan keperibadian pegawai awam yang memungkinkan mereka terlibat dengan pendedahan maklumat rahsia rasmi.
KEGUNAAN CGSO EVETTING
CSGO EVETTING digunakan untuk melakukan urusan seperti yang dinyatakan di bawah :
- Permohonan Baru
- Pertanyaan Status
- Maklumbalas Pelanggan
Jika anda diarahkan untuk kemaskini, anda juga perlu login untuk mengisi maklumat yang terkini.
DAFTAR EVETTING
Rujuk di dalam artikel ini untuk panduan lengkap.
CARA DAFTAR/PERMOHONAN ONLINE EVETTING 2.0 2022 DI PORTAL LOGIN evetting.cgso.gov.my.
- Sila klik Portal Evetting di sini : PENDAFTARAN/PERMOHONAN E-VETTING.
- Anda akan dibawa ke Laman Daftar Baru.
- Anda dikehendaki Pilih Jenis Pendaftaran sama ada [Pemohonan Individu/Pemohon Syarikat/Pemohon Jabatan].
- Seterusnya, sila Pilih Jenis ID sama ada [MYKAD/MYTENTERA/MYPR].
- Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Pengenalan tanpa simbol (-).
- Masukkan Nama Penuh anda.
- Masukkan Emel anda.
- Masukkan CAPTCHA.
- Klik butang Daftar untuk menghantar borang permohonan dan meneruskan proses daftar. Mesej “Pendaftaran Pengguna berjaya dihantar. Sila semak emel anda.” akan dipaparkan.
- Anda akan menerima Kata Laluan/Password sementera untuk Log Masuk.
- Pemohon boleh menyemak emel pendaftaran sama ada pendaftaran Berjaya atau Gagal.
- Jika berjaya pemohon boleh Log Masuk ke Sistem e-Vetting dan membuat permohonan baru. Jika gagal, sila buat pendaftaran semula.
- Langkah seterusnya akan memberikan penerangan terperinci bagaimana untuk Log Masuk ke Sistem e-Vetting.
- Selesai Pendaftaran.
EVETTING PORTAL LOGIN
Lihat di artikel ini.
- Klik Portal Login E-Vetting di sini : LOGIN.
- Pilih Jenis Pendaftaran [Pemohon Individu/Pemohon Syarikat/Pemohon Jabatan].
- Isikan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda tanpa simbol (-).
- Masukkan Password/Kata Laluan anda.
- Klik [Log Masuk].
- Anda berjaya Login ke Laman Utama Portal.
- Untuk membuat Permohonan Baru, sila ikuti panduan yang disediakan di bawah.
PERMOHONAN BARU CGSO EVETTING
Anda boleh ikuti panduan di sini.
Untuk Pemohon Individu, hanya satu permohonan iaitu Borang Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Borang Lantikan Badan Berkanun, Borang Lantikan Jawatan Keselamatan Berjadual, Borang Tapisan Keselamatan Khas, Borang Tapisan Semula, Borang Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Borang Tapisan Pelajar Tajaan atau Borang Lantikan Instalasi dibenarkan dalam satu-satu masa.
Permohonan kedua hanya dibenarkan selepas permohonan pertama selesai.
Pemohon Individu boleh memohon permohonan Normal dan Lantikan Instalasi (Warganegara) serentak dalam satu-satu masa
Bagi Pemohon Syarikat dan Badan Penaja tiada had dalam mengemukakan permohonan
Di bawah ini merupakan cara untuk membuat permohonan baru e-Vetting :

EVETTING CONTACT
Sebarang pertanyaan dan soalan berkaitan dengan panduan yang dinyatakan di atas, anda boleh terus rujuk EVETTING CONTACT di bawah ini.
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri,
Aras -1,1 dan 2, Setia Perdana 7,
Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pertadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya,
Malaysia.
EVETTING CONTACT : 03 8872 6012/6021.