CONTOH SOALAN JAWAPAN UKCG 2022 : FORMAT TERKINI DAN TERBARU E-UKCG

CONTOH SOALAN JAWAPAN UKCG 2022 : FORMAT TERKINI DAN TERBARU E-UKCG

Apakah UKCG & eUKCG?

UKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru

e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG.

Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.

Baca juga: CARA TERMINATE ASB LOAN (CIMB/MAYBANK/RHB)

Senarai Kandungan

CONTOH SOALAN JAWAPAN UKCG

Sebagai rujukan buat para calon, ini adalah contoh-contoh soalan INSAK :

  1. Saya sering cari peluang untuk membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat.
    • Setuju B. Tidak setuju
  2. Sekolah tidak bertanggungjawab dengan soalan guru
    • Setuju B. Tidak setuju
  3. Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik sahaja
    • Setuju B. Tidak setuju
  4. Saya akan dipandang rendah jika merendah diri
    • Setuju B. Tidak setuju
  5. Berbincang teknik mengajar dengan rakan sejawat akan merugikan masa
    • Setuju B. Tidak setuju
  6. Jika dikritik, saya akan membalas dengan kritikan yang lebih tajam
    • Setuju B. Tidak setuju
  7. Saya akan cuba meningkatkan kemahiran mengajar pada bila-bila masa
    • Setuju B. Tidak setuju
  8. Melakukan kesilapan bukan perkara yang memalukan, yang pentingnya mesti berusaha membetulkannya.
    • Setuju B. Tidak setuju
  9. Jika tersilap, biar masa melupakannya
    • Setuju B. Tidak setuju
  10. Apabila saya telah membuat keputusan, saya tidak suka orang menghalang saya melaksanakannya.
    • Setuju B. Tidak setuju
  11. Di dalam mesyuarat, saya ambil inisiatif berucap memberi pendapat
    • Setuju B. Tidak setuju
  12. Saya menepati masa melaksanakan tugas saya
    • Setuju B. Tidak setuju
  13. Saya rajin bekerja dengan mengharapkan pujian daripada majikan saya
    • Setuju B. Tidak setuju
  14. Apabila bekerja dengan rakan sejawat, saya akan memimpin dan banyak memberi arahan daripada mengikuti kata mereka
    • Setuju B. Tidak setuju
  15. Kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal walaupun ada masa lapang
    • Setuju B. Tidak setuju
  16. Saya berminat kerja guru kerana ia boleh mendapat gaji lumayan
    • Setuju B. Tidak setuju
  17. Sungguhpun ada banyak risiko dan cabaran dalam tugas, saya bersikap positif menghadapinya
    • Setuju B. Tidak setuju
  18. Jika saya tidak gembira, saya akan memberi teguran tanpa mengira kedudukan orang
    • Setuju B. Tidak setuju
  19. Jika prestasi saya ditegur, saya akan berusaha mengundur diri
    • Setuju B. Tidak setuju
  20. Sebelum ambil tindakan, saya menimbang langkah-langkah kejayaan mencapai objektifnya.
    • Setuju B. Tidak setuju

Cadangan Jawapan : 1A 2A 3B 4B 5B 6B 7A 8A 9B 10B 11A 12A 13B 14B 15B 16B 17A 18B 19B 20A

JENIS SOALAN UKCG (CONTOH SOALAN JAWAPAN)

Untuk makluman eUKCG terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG), Video Pengajaran (VP) dan Video Kecergasan Fizikal (VKF)

Ujian Kelayakan Calon Guru (eUKCG)

e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.

Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.

Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

Penyediaan Dan Penghantaran Video Pengajaran

Calon yang lulus e-UKCG sahaja dikehendaki menyediakan VP.

Menghasilkan VP antara 6 ke 8 minit dan muat naik ke aplikasi Youtube. Rakaman VP hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.

Hantar link/ URL VP ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan. Garis Panduan Penyediaan Video Pengajaran akan dimaklumkan hanya kepada calon yang berjaya dipanggil untuk menduduki saringan e-UKCG.

Sekiranya calon tidak menghantar VP, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

Penyediaan VP hanya akan dilakukan pada calon yang melepasi syarat bidang.

Penyediaan Dan Penghantaran Video Kecergasan Fizikal (VKF)

Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.

Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.

Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.

Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang melepasi syarat bidang.

Nota : Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel penilai VP dan VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM.

FORMAT TERKINI SOALAN JAWAPAN UKCG

e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian.

Calon boleh menduduki e-UKCG di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.

e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.

Calon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan, e-UKCG adalah SULIT.

Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.

Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG untuk lebih selesa.

Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.

Untuk mengetahui anda layak atau tidak anda ambil ujian ini, boleh check melalui pautan yang dikongsikan di bawah ini:

Pautan: https://ukcg.moe.gov.my/

SEMAKAN PANGGILAN E-UKCG 2022

Semak Keputusan Panggilan Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (eUKCG) bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 boleh disemak melalui pautan https://pismp.moe.gov.my/ismp/ mulai 31 Mei 2022 (Selasa), jam 10:30 pagi.

Leave a Comment