DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK:CARA PERMOHONAN
Para guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dipelawa untuk memohon Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Ini adalah peluang untuk anda meningkatkan lagi pengertahuan serta kemahiran anda.
Kami akan membantu anda dengan menyediakan panduan ringkas dan mudah untuk membuat permohonan PDP Pendidikan Awal Kanak-Kanak tersebut.
Apakah Itu Program Diploma Perguruan (PDP) Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Program ini khusus untuk melatih guru tadika swasta dalam perkhidmatan, bagi mendapatkan kelayakan akademik minimum Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK).
Program pengajian yang ditawarkan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan ikhtisas dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan guru tadika swasta mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan dengan profesion perguruan. Program ini ditawarkan di kampus terpilih Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.
PDP-PAKK ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, khususnya dalam pendidikan prasekolah.
Baca juga: PROGRAM YTP MARA 2022:PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS YTP MARA
CARA PERMOHONAN DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Anda boleh isi makluman yang diperlukan di link dibawah :
*Dokumen-dokumen yang perlu perlu dimuat naik dalam borang pendaftaran dalam bentuk salinan lembut(softcopy).
- Salinan Kad Pengenalan (depan sahaja)
- Salinan Surat Lantikan Guru/Surat Pengesahan Guru daripada majikan
- Salinan Sijil Sijil SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU/STPM/STAM
- Salinan Sijil APEL (sekiranya ada)
- Salinan Permit Mengajar Yang Sah
TARIKH PERMOHONAN DIPLOMA PAKK
Permohonan untuk ambilan sesi Oktober 2022 akan mula dibuka pada 26 Julai 2022 (Selasa) sehingga 26 Ogos 2022 (Jumaat).
Maklumat lanjut berkenaan permohonan ini : https://sites.google.com/view/pdppakk
SYARAT PERMOHONAN PAKK
Syarat Umum
- Warganegara Malaysia.
- Sihat tubuh badan.
- Sedang berkhidmat serta mengajar di tadika swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Syarat Akademik
- Memiliki kelulusan SPM/ SPM(V)/ SPVM/ SMA/ SMU dengan tiga kepujian dalam satu sijil atau gabungan dua sijil dalam tempoh tiga tahun berturut-turut serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris; atau
- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mana-mana mata pelajaran atau yang setaraf dengannya serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
- Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang- kurangnya gred Maqbul serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM; atau
Bagi pemohon yang TIDAK MEMENUHI KESEMUA SYARAT AKADEMIK DI ATAS, HENDAKLAH SEKURANG-KURANGNYA:
- Lulus ujian penilaian Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL) yang dikendalikan oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) serta memiliki kepujian Bahasa Melayu dan lulus ujian lisan dan lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
MOD PENGAJIAN
Pengajian Program Diploma Perguruan Pendidikan Awal Kanak-kanak (PDP PAKK) dilaksanakan secara sepenuh masa. Pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (PdP) adalah secara pembelajaran teradun (Blended Learning) yang merangkumi interaksi bersemuka secara fizikal dan interaksi secara dalam talian (tidak segerak).
PdP interaksi bersemuka fizikal (Kuliah/Tutorial/Amali/Lain-lain) akan dijalankan pada cuti persekolahan atau cuti hujung minggu di IPG kampus.
Interaksi dalam talian (tidak segerak) melibatkan interaksi PdP secara pembelajaran terarah (guided learning) yang dilaksanakan sepanjang semester pengajian.
LOKASI PENGAJIAN
Institut Pendidikan Guru (IPG) berikut telah dipilih sebagai pusat pengajian bagi program ini. Walau bagaimanapun, penawaran kampus adalah tertakluk kepada bilangan pelajar yang memohon.
ZON UTARA
- IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
ZON TENGAH
- IPG Kampus Bahasa Melayu, WP Kuala Lumpur
ZON SELATAN
- IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan
- IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka
- IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
ZON TIMUR
- IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang
ZON SARAWAK
- IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak
- IPG Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak
ZON SABAH
- IPG Kampus Gaya, Sabah
- IPG Kampus Tawau, Sabah
- IPG Kampus Keningau, Sabah