i-SAYANG : CARA MOHON PENGELUARAN KWSP UNTUK PEMINDAHAN KE AKAUN ISTERI SEBANYAK 2% 2022

i-SAYANG : CARA MOHON PENGELUARAN KWSP UNTUK PEMINDAHAN KE AKAUN ISTERI SEBANYAK 2% 2022

Untuk makluman anda, pada 23/11/2021 pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan skim pengeluaran baharu yang diberi nama sebagai I-SAYANG. Pihak KWSP akan melancarkan kemudahan pengeluaran ini pada suku pertama 2022 yang merupakan sebahagian daripada usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan khususnya keistimewaan kepada pencarum atau ahli KWSP.

Menurut Pengerusi KWSP, Ahmad Badri Mohd Zahir kemudahan ini akan membenarkan pemindahan secara sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akaun isteri.

Untuk pengetahuan pencarum dan ahli KWSP, Selain i-Sayang, satu lagi kemudahan yang akan dilancarkan untuk bakal pesara adalah i-Lindung, iaitu skim yang membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 untuk membuat pembelian insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

Pihak KWSP juga sedang merancang untuk mewujudkan inisiatif lain antaranya inisiatif lain yang sedang dipertimbangkan juga termasuklah mewajibkan perlindungan kepada pekerja sektor informal dalam bidang bukan pertanian secara berperingkat.

“Kami juga akan menyokong skim lebihan sukarela kami di mana ahli boleh meminta majikan mereka untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya dalam ucapan perasmian pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 ke-9 hari ini.

Persidangan yang berlangsung selama dua hari itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mengenai persidangan itu, Ahmad Badri berkata, ISWC tahun ini bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai aspek isu ketaksamaan global.

“Bersama-sama, kami percaya bahawa rangka kerja perlindungan sosial yang lebih baik boleh membantu kami dalam meminimumkan, jika tidak membasmi, kesan negatifnya kepada manusia,” kata beliau.

Baca juga : BKM HASIL GOV MY : CARA MEMOHON DAN CHECK STATUS KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

i-SAYANG

i-Sayang merupakan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak KWSP kepada pencarum atau ahli untuk membuat pemindahan sebanyak 2% caruman KWSP akaun suami kepada akaun isteri.

Baca juga : CARA CHECK NOMBOR KWSP GUNA IC : SEMAK NO AHLI MENERUSI I-AKAUN

CARA MOHON PENGELUARAN PEMINDAHAN i-SAYANG

[PERHATIAN]UNTUK PENGELUARAN PEMINDAHAN i-SAYANG MASIH LAGI BELUM DIKELUARKAN. JIKA PANDUAN DAN TOTURIAL SUDAH DIKELUARKAN PIHAK KAMI AKAN KEMASKINI KEPADA ANDA SEMUA.

PASTIKAN ANDA JOIN CHANNEL TELEGRAM INFO BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA DI SINI UNTUK ANDA DAPAT INFORMASI BERKAITAN I-SAYANG KWSP DENGAN PANTAS DAN TIDAK TERLEPAS. JOIN DI SINI : https://t.me/bantuankerajaanmalaysiainfo.

Info berkaitan pengeluaran KWSP di laman web rasmi : https://www.kwsp.gov.my/.

Apa itu i-Sayang?

Kemudahan yang akan membolehkan pemindahan sukarela 2% caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

Bagaimana cara buat permohonan i-Sayang?

Boleh buat permohonan apabila kemudahan ini dilancarkan. Untuk lebih terperinci boleh ke artikel ini.

Bilakah tarikh pengeluaran KWSP i-Sayang?

Pada suku pertama 2022.

2 thoughts on “i-SAYANG : CARA MOHON PENGELUARAN KWSP UNTUK PEMINDAHAN KE AKAUN ISTERI SEBANYAK 2% 2022”

Leave a Comment