MYBKM PERMOHONAN BARU BORANG PDF KEMASKINI DAN SEMAKAN MELALUI LOG MASUK BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022 ONLINE
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah rasminya telah dilancarkan bermula pada 1 Januari 2022. Bantuan BKM ini adalah Bantuan Tunai Kerajaan yang diberikan berdasarkan kategori yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Kepada anda yang ingin Log Masuk BKM di sini : LOGIN BKM.
Untuk makluman anda, anda sudahpun boleh mula menyemak status permohonan Bantuan Keluarga Malaysia secara online di link Portal Rasmi MyBKM.
Bagaimana buat MyBKM Permohonan Baru Bujang, Warga Emas, Isi Rumah B40/M40? Adakah perlu register, daftar akaun, permohonan, apply online atau borang dan check atau semakan status Bantuan Keluarga Malaysia? Bagaimana pula untuk login/log masuk akaun MyBKM 2022?
MYBKM PERMOHONAN BARU
(NOTA PENTING KEPADA PERMOHONAN BARU) : Pendaftaran Akaun MyBKM perlu dibuat sekiranya anda membuat permohonan baru BKM 2022 dan tidak pernah mendaftar sebelum ini. Sekiranya anda adalah penerima BPR 2021 atau BKC dan telah mendaftar sebelum ini, ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan sebelum ini boleh digunakan untuk Log Masuk MyBKM.
Jadi, jika anda membuat Permohonan Baru BKM 2022 dan Tiada Akaun atau Tidak Pernah Daftar Akaun MyBKM, sila ikuti Panduan Daftar Akaun MyBKM di bawah selepas panduan permohonan baru BKM. Barulah anda boleh Login/Log Masuk menggunakan Kata Laluan selepas berdaftar.
PANDUAN LENGKAP CARA BUAT PERMOHONAN/PENDAFTARAN BARU MYBKM 2022 ONLINE.
- Sila Klik Link Rasmi Permohonan Baru MyBKM di Pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Anda akan dibawa ke Halaman Permohonan Baharu MyBKM.
- Klik [Permohonan Baharu].
- Anda akan dibawa ke Bahagian Maklumat Pemohon.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No.MyKad.
- Klik [Semak].
- Anda akan menerima Notifikasi sama ada “Sila log masuk MyBKM untuk tindakan kemas kini permohonan BKM 2022.” atau “Nombor Kad Pengenalan Tiada Dalam Rekod”.
- Untuk Permohonan Baru, hanya kepada pemohon yang menerima Notifikasi Tiada Rekod sahaja. Untuk pemohon yang menerima Notifikasi Kemaskini, anda dikehendaki Log Masuk BKM.
- Kemudian, kepada anda yang tiada Rekod dan perlu membuat Permohonan Baru, sila isi semua Maklumat di Bahagian [Maklumat Pemohon].
- Seterusnya, anda dikehendaki Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan untuk memastikan Permohonan Baru Bantuan Keluarga Malaysia anda diterima.
- Muat Naik/Upload Dokumen Sokongan.
Jenis Dokumen Sokongan yang perlu anda Muat Naik :
1. Sijil Kahwin.
2. Sijil Cerai/Sijil Kematian Pasangan.
3. Pengesahan Pasangan.
4. Pengesahan Status Pelajar Anak.
5. Sijil Lahir Anak.
Sila pastikan Dokumen yang dimuat naik tidak mempunyai kata laluan.
Sila pastikan saiz fail yang dimuat naik mengikut saiz yang dibenarkan(3MB) untuk satu fail.
Hanya Tiga (3) dokumen yang dibenarkan muat naik.
Hanya jenis fail .pdf, .png, .jpg, .jpeg yang dibenarkan. - Pilih Maklumat Wakil sama ada Ada Wakil atau Tiada Wakil ataupun Maklumat Sama Seperti Pasangan.
Jika anda ingin mewakilkan bayaran yang diterima untuk diambil oleh anak ataupun orang lain sila pilih Ada Wakil dan masukkan Maklumat Wakil yang anda mahu wakilkan untuk anda.
- Check semua Maklumat dan Butiran yang anda isi sebelum ini adalah benar, betul dan lengkap.
- Klik [Teruskan] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Anda akan dibawa ke Bahagian Pengesahan.
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan.
- Klik [SAHKAN CAPTCHA].
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [Kotak Kecil] Perakuan Pemohon berkenaan.
- Klik [Hantar] untuk Permohonan Baru MyBKM.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
DAFTAR AKAUN MYBKM
Anda dikehendaki membuat Permohonan Baru BKM di panduan di atas terlebih dahulu sebelum anda membuat akaun MyBKM ini.
Sila ikuti Panduan Daftar Akaun MyBKM yang disediakan oleh pihak LHDN Malaysia ini. Anda boleh Download Panduan PDF ini untuk rujukan semasa daftar akaun myBKM.
BORANG PERMOHONAN BARU MYBKM
Untuk anda yang ingin menggunakan Borang, anda boleh muat turun/download PDF Borang Permohonan Baru MYBKM 2022 Online di sini. Pastikan anda isi Maklumat dan Butiran dengan lengkap dan benar. Pastikan anda juga membawa salinan Dokumen Sokongan yang diperlukan semasa penghantaran Borang Permohonan Baru MYBKM 2022 di Cawangan LHDN yang berdekatan dengan anda.
CHECK MYBKM 2022 ONLINE
Kepada anda yang merupakan penerima sedia ada bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), anda boleh terus Semak Status Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 sama ada diterima atau perlu buat Pendaftaran Baru MyBKM. Caranya adalah seperti yang dinyatakan di bawah ini.
Baca juga : Semakan BKM Malaysia
- Sila Klik Link Rasmi Check Status BKM 2022 Online di sini : https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login.
- Anda akan dibawa masuk ke Log Masuk Pengguna BKM.
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [Ya] jika “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama myBKM.
- Klik [Semakan Status] untuk Check BKM 2022 online anda.
- Dan lihat Status Permohonan anda iaitu Lulus atau Tidak Lulus ataupun Tiada Rekod.
- Jika Status Permohonan “Tiada Rekod”, sila buat Permohonan Baru seperti Panduan di atas.
- Jika Status Permohonan Lulus, pemohon akan dipaparkan Maklumat Pembayaran.
- Jika Status Permohonan Tidak Lulus, pemohon akan dipaparkan Kod Tidak Lulus dan Alasan.
- Selesai.
KEMASKINI PERMOHONAN MYBKM 2022 ONLINE
- Sila Klik Portal Rasmi Kemaskini myBKM Online di sini : https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login.
- Anda akan dibawa masuk ke Log Masuk Pengguna BKM.
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [Ya] jika “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama myBKM.
- Untuk Kemaskini/Update Maklumat atau Penambahan anak ataupun Lain-lain:
- Sila Klik [Kemaskini Permohonan].
- Anda boleh menyemak atau tambah atau ubah Maklumat yang terdapat disini jika terdapat sebarang perubahan ataupun penambahan.
- Jika sudah selesai Kemaskini, Klik [Hantar].
- Setelah Kemaskini Permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
- Pemohon boleh Klik [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
BORANG KEMASKINI PERMOHONAN MYBKM
Untuk anda yang ingin menggunakan Borang, anda boleh muat turun/download PDF Borang Kemaskini MYBKM 2022 Online di sini. Pastikan anda isi Maklumat dan Butiran dengan lengkap dan benar. Pastikan anda juga membawa salinan Dokumen Sokongan yang diperlukan semasa penghantaran Borang Kemaskini Permohonan MYBKM 2022 di Cawangan LHDN yang berdekatan dengan anda.
LOG MASUK MYBKM
Berikut adalah Panduan Lengkap Cara Untuk Login/Log Masuk BKM 2022 Online.
- Sila Klik Link Rasmi Log Masuk MYBKM di sini : https://bkm.hasil.gov.my/#.
- Anda akan di bawa ke Paparan BKM HASIL GOV MY.
- Klik [LOG MASUK BKM].
- Anda akan dibawa masuk ke Log Masuk Pengguna BKM.
- Kemudian, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan No MyKad/ID Pengguna.
- Klik [Semak].
- Klik [Ya] jika “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Klik [Log Masuk].
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama myBKM.
- Di sini terdapat beberapa Menu iaitu Semakan Status, Kemaskini Permohonan, Cetakan, Peti Mel, Maklum Balas.
- Anda boleh meneruskan urusan anda berdasarkan Menu yang telah disedia di Laman Utama Log Masuk myBKM.
RUJUKAN DAN PERTANYAAN
Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan dengan MYBKM Bantuan Keluarga Malaysia 2022 ini, anda boleh merujuk kepada pihak yang berkenaan yang dinyatakan di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi maklumat dan info berkaitan Bantuan BKM 2022 ini melalui online. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Sekretariat BKM,
Pejabat Belanjawan Negara,
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF),
Presint 2, 62592 Putrajaya.
Hotline BKM LHDNM : 1-800-88-2747
Hotline BKM MOF : 03-8882 4565/03-8882 4566
E-mel : [email protected].
Nk tnya dh msuk ke bkm
Kenapa x boleh login minggu lepas login cek dalm proses hari ni cek password salah pulak
Kemaskini dionline blh lg ke sbb sy terlewat.