PENYATA MAYBANK ONLINE DAN ATM TERKINI : CARA PRINT ATAU DAPATKAN BANK STATEMENT (DOWNLOAD)
Bagaimana cara untuk mendapatkan penyata bank Maybank?
Adakah anda pelanggan Maybank dan ingin menerima bank statement Maybank?
Setiap kali anda melengkapkan perbankan internet anda, anda akan menerima pengesahan transaksi sebagai deposit. Resit ini boleh menjadi titik rujukan untuk anda dan penerima wang (sekiranya transaksi pemindahan wang dilakukan).
Walau bagaimanapun, untuk beberapa urus niaga yang lebih besar dan formal, seperti membeli kereta, rumah, dan berkaitan, anda mungkin memerlukan penyata kewangan anda. Bank statement ialah dokumen yang menyenaraikan hal urusan kewangan akaun anda, termasuk jumlah atau amaun debit dan kredit serta tarikh.
Penyata akaun biasanya diperlukan untuk urusan rasmi pembelian berjumlah besar seperti pembelian rumah dan kereta kerana pihak bank yang memberikan pinjaman mahu memastikan beberapa perkara berikut:
- Pengurusan kewangan anda
- Aliran keluar masuk duit anda
- Duit tunai yang anda miliki dalam akaun
Penyata kewangan ini, seterusnya, akan memudahkan pihak bank memberi pinjaman untuk membeli rumah dan kereta anda, sama ada anda layak atau tidak untuk pinjaman, contoh. Cara paling mudah untuk mendapatkan penyata akaun adalah dalam talian hanya melalui Maybank2u.
Baca juga : CARA TEBUS EWALLET RM150 2022 (BOOST/TOUCH N GO/SHOPEEPAY/BIGPAY)
Senarai Kandungan
STATEMENT MAYBANK ONLINE
e-Statement Maybank adalah borang dalam talian / soft copy Penyata Akaun Perbankan Konvensional dan / atau Islamik anda.
Pelanggan Maybank boleh melihat penyataan anda melalui 2 cara ini :
- Melalui Maybank2u – boleh dilihat dalam talian
- Melalui e-mel – e-Penyata anda akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda
CARA NAK PRINT BANK STATEMENT MAYBANK2U TERKINI
Anda boleh rujuk panduan lengkap di artikel ini.
CARA DAPATKAN PENYATA MAYBANK ONLINE DAN CARA NAK PRINT BANK STATEMENT MAYBANK2U.
- Buka Laman Web Rasmi Penyata/Statement Maybank2u di sini : https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
- Kemudian, Login/Log Masuk seperti biasa dengan memasukkan Username dan Password Maybank2u anda.
- Apabila berjaya Login/Log Masuk Maybank2u, anda akan masuk ke Laman Utama Dashboard Maybank2u.
- Klik tiga titik akaun anda (berada di penjuru kanan kotak) MAE/Savings Account.
- Pilih View Statements.
- Penyata Maybank anda akan dipaparkan. Anda boleh tetapkan tarikh untuk account statement tersebut.
- Klik [Dowload] untuk memuat turun penyata Maybank tersebut.
- Yang terakhir sekali, apabila statement bank atau penyata bank keluar klik simbol [Save].
- Setelah itu, anda bolehlah mencetak penyata bank atau e-Statement tersebut.
- Selesai.
CARA DAPATKAN PENYATA MAYBANK GUNA EMEL
Rujuk di panduan dalam artikel ini.
Untuk pengetahuan anda, Maybank akan keluarkan bank statement untuk 3 bulan terkini pada setiap penghujung suku tahunan, iaitu penghujung bulan Mac, Jun, September dan Disember.
Jika anda ingin melanggan bank statement Maybank ini, bolehlah setting dalam akaun siap-siap mengikut langkah ini.
- Log masuk Maybank2u.
- Klik [SETTINGS] di bahagian atas.
- Kemudian, klik pada tab [ACCOUNT].
- Pada Email Statement Delivery, klik butang [Add Email].
- Pilih Jenis Akaun Bank anda dan pada ruangan Email Distribution, masukkan Emel anda.
- Tick [I would like to create my own password].
- Masukkan Password/Kata Laluan untuk Emel Penyata Bank anda.
- Sahkan Password/Kata Laluan yang telah dimasukkan sebentar tadi dan klik [SAVE].
- Klik [CONFIRM] untuk meneruskan transaksi.
- Maybank2u.com akan menghantar bank statement melalui e-mel rasmi [email protected].
Setelah e-mel dihantar, anda perlu melakukan langkah ini :
LANGKAH 1: Buka attachment dalam e-mel tersebut.
LANGKAH 2: Masukkan password (diberi dalam e-mel).
LANGKAH 3: Print, save atau simpan dalam handphone / laptop untuk rujukan anda.
CARA PRINT PENYATA MAYBANK DI ATM
Boleh. Anda boleh rujuk panduan lengkap di artikel ini.
Selain mendapatkan penyata akaun online, anda juga boleh cetak penyata ringkas akaun melalui mesin ATM Maybank.
Untuk makluman, Penyata Ringkas Maybank ATM ini hanya mengandungi 10 urusniaga terkini akaun.

Berikut adalah cara dapatkan statement Maybank di ATM :
- Masukkan kad ATM dan tekan PIN.
- Pilih Lain- lain Urusniaga.
- Pilih Lain- lain Perkhidmatan.
- Pilih Penyata Ringkas.
- Satu resit akan dikeluarkan mengandungi urusniaga akaun tersebut.
- Selesai.
1 thought on “PENYATA MAYBANK ONLINE DAN ATM TERKINI : CARA PRINT ATAU DAPATKAN BANK STATEMENT (DOWNLOAD)”