PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2022 ONLINE

PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2022 ONLINE

Tujuan Pengeluaran Khas KWSP diperkenalkan bertujuan untuk membantu ahli KWSP membiayai keperluan dan menampung komitmen kewangan bagi menghadapi cabaran dalam tempoh Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ sementara ekonomi negara pulih daripada pandemik COVID-19.

Yang layak memohon adalah ahli KWSP yang berumur di bawah umur 55 tahun, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap dan mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan ialah sehingga maksimum RM10,000. Amaun pengeluaran minimum adalah RM50. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Permohonan boleh dibuat mulai 1 April 2022 hingga 30 April 2022. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my. Capaian pada portal ini juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih (mobile app) i-Akaun. Portal ini hanya boleh diakses bermula 1 April 2022.

Bayaran akan dibuat bermula 20 April 2022. Pengeluaran Khas akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja (single payment). Bayaran bagi Pengeluaran Khas akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Adakah perlu buat register, daftar akaun, permohonan, apply online atau borang dan check atau semakan status pengeluaran khas KWSP? Bagaimana pula untuk login akaun pengeluarankhas.kwsp.gov.my 2022?

Baca juga : https://ekerajaanmalaysia.com/semakan-bkm-malaysia

PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP

PANDUAN LENGKAP CARA PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP ONLINE 2022.

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Permohonan Pengeluaran Khas KWSP 2022 di sini : https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

    Portal akan mula dibuka untuk permohonan pada 1 April 2022. Pihak kami akan kemaskini maklumat lengkap apabila secara rasminya dibuka.

  2. Klik [PERMOHONAN].

  3. Sila masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda di ruangan Nombor MyKad/MyPR.

  4. Isi NOMBOR TELEFON BIMBIT anda.

  5. Klik [TERUSKAN].

  6. Sahkan identiti anda melalui Pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.

  7. Seterusnya, tetapkan [AMAUN PILIHAN PENGELUARAN].

  8. Anda akan dipaparkan JUMLAH MAKSIMUM AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.

  9. Tentukan [AMAUN PILIHAN] anda dengan menggerakkan petunjuk.

  10. Klik [TERUSKAN].

  11. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik.

  12. Klik [TERUSKAN].

  13. Semak semua Maklumat yang diisi adalah betul dan tepat serta tandakan tick.

  14. Klik [HANTAR].

  15. Permohonan anda telah berjaya di hantar.

  16. Selesai.

SEMAKAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Macam mana buat semakan pengeluaran khas KWSP 10K?

Tuan/Puan rujuk di artikel ini.

Ahli boleh menyemak status mulai 9 April 2022 melalui Menu Semak Status Permohonan di pengeluarankhas.kwsp.gov.my atau Menu Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli).

TARIKH PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2022

Bilakah tarikh pembayaran pengeluaran Khas KWSP 2022?

Bermula pada 20 April 2022.

Pembayaran akan dibuat bermula pada 20 April 2022.

1 thought on “PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2022 ONLINE”

Leave a Comment