PERMOHONAN PERANTISISWA SEMAKAN TARIKH TERIMA PERANTI FASA KEDUA
Berita gembira buat para mahasiswa, kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) membuat keputusan membuka sekali lagi permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia.
Mahasiswa boleh membuat permohonan untuk mendapatkan peranti tersebut untuk kegunaan pembelajaran.
Kami akan membantu anda untuk membuat permohonan dan semakan dengan mudah dan pantas.
Baca juga: RUMAH SEWA KPT:CARA DAFTAR PERMOHONAN RUMAH SISWA PELAJAR IPTA
PERMOHONAN PERANTISISWA
- Permohonan boleh dibuat menerusi laman web rasmi di https://perantisiswa.kkmm.gov.my mulai 1 Ogos hingga 30 September 2022
- Anda boleh merujuk Manual Pengguna Peranti siswa https://perantisiswa.kkmm.gov.my/manualsistem/ManualPenggunaPerantisiswa.pdf
TARIKH PERMOHONAN PERANTISISWA FASA KEDUA
Permohonan Peranti Siswa mula dibuka pada 1 Ogos hingga 30 September 2022.
SEMAKAN TARIKH TERIMA PERANTI
Pemakluman keputusan akan dibuat melalui e-mel kepada pemohon yang berjaya. Anda boleh check PerantiSiswa pada tarikh yang akan dimaklumkan
*Fasa pertama penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai Ogos 2022.
Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.
SYARAT KELAYAKAN PERANTISISWA
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bag permohonan inisiatif ini:
- Mahasiswa warganegara Malaysia
- Kelompok keluarga B40 (purata bulanan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850)
- Menuntut di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT.
- Mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan akibat banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, boleh memohon dalam tempoh permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.
JENIS PERANTI YANG DIBEKALKAN
Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:
- Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
- Android OS 10 dan ke atas
- 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
- Minimum RAM 4GB
- Minimum storan 64GB
- Slot SD Micro sehingga 256GB
- Kamera hadapan minimum 2MP
- Kamera belakang minimum 5MP
- Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
- Bluetooth 4.1 dan ke atas
- WiFi 2.4GHz & 5Ghz
- Bateri minimum 4500 mAh
- Pengecas USB disertakan
- Papan kekunci bluetooth disertakan
- Pen stylus disertakan.