PERMOHONAN UITM 2022:SEMAKAN SURAT TAWARAN UITM

PERMOHONAN UITM 2022:SEMAKAN SURAT TAWARAN UITM

Kepada pelajar yang membuat permohonan ke UiTM 2022 semestinya ingin membuat semakan surat tawaran Ke Program Sarjana Muda Sepenuh Masa Sesi 1 2022 (Oktober 2022) tawaran tersebut. Disini kami akan kongsikan cara buat semakan Permohonan UiTM dan juga cara pendaftaran online, semoga membantu.

Baca juga: e-KOLEJ UITM:PERMOHONAN RAYUAN PENEMPATAN KEDIAMAN KOLEJ UITM

TARIKH SEMAKAN SURAT TAWARAN

Berikut adalah merupakan tarikh semakan permohonan UiTM mengikut kategori:

Terdapat 2 katagori pemohonan UITM iaitu:

  • Permohonan Melalui Online UPU
  • Permohonan Melalui Online UiTM (Penerapan)
  1. Permohonan Melalui Online UPU
    • Lepasan STPM /Matrikulasi Kpm /Asasi /Stam /Diploma UiTM /Dvm /Dkm /Dlkm /Diploma Ipt Lain
    • Boleh Disemak Mulai 27 September 2022 (Selasa) Mulai Jam 12.00 Tgh.
  2. Permohonan Melalui Online UiTM (Penerapan)
    • Lepasan Penerapan Semester Akhir Asasi Undang-Undang UiTM (PI005)
    • Lepasan Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM
    • Lepasan Diploma UiTM (Yang Memohon Program Perubatan, Pergigian & Farmasi)
    • Boleh Disemak Mulai 27 September 2022 (Selasa) Mulai Jam 12.00 Tgh.

Tawaran Kemasukan Sesi 1

Tawaran Ke Program Sarjana Muda Sepenuh Masa Sesi 1 2022 bermula pada Oktober 2022. Semester Oktober 2022 akan bermula pada 10 atau 11 Oktober 2022, Kalendar Akademik UiTM boleh dicapai di pautan berikut : Academic Calendar

CARA SEMAKAN

Kepada pelajar yang ingin membuat semakan permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan https://online.uitm.edu.my/
  2. Pada bahagian menu klik pada Keputusan (berada di sebelah kiri)
  3. Seterusnya klik pada Semakan keputusan Permohonan Ke UiTM
  4. Seterusnya klik pada programpermohonan anda
  5. Kemudian masukkan No Kad Pengenalan anda dan tekan Semak
  6. Paparan surat tawaran akan tertera, klik pada Cetak Surat Tawaran Penggajian untuk mencetak.

SYARAT PERMOHONAN UITM

Berikut adlaah merupakan syarat umum kemasukan ke UiTM:

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia berketurunan Melayu / Anak Negeri Sabah / Anak Negeri Sarawak / Orang Asli Semenanjung sahaja
  • Menenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
  • Tidak pernah disabitkan aras sebarang kesalahan jenayarh dan bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
  • Pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar Diploma UITM.

PROGRAM PENGAJIAN UITM

Berikut adalah merupakan program penggajian yang ditawarkan di UiTM:

  1. Sarjana Muda
    • 164 Program
    • Unik ID BSN Program 10 = RM17.00
    • Lepasan STPM / Matrikulasi KPM / STAM / Asasi UiTM/ Asasi Sains UM / Asasi Pintar UKM / Diploma UiTM / KKB UiTM / Diploma IPT Lain
  2. Penerapan
    • 164 Program
    • Unik ID BSN Program 7 = RM10.00
    • Semester Akhir Diploma UiTM / KKB / UiTM Ke Sarjana Muda UiTM
    • Semester Akhir Asasi Undang-undang UiTM (PI005) Ke Sarjana Muda UiTM

Leave a Comment