PERMOHONAN UPU 2022:SEMAKAN KEPUTUSAN ONLINE KEMASUKAN KE UA/IPTA

PERMOHONAN UPU 2022:SEMAKAN KEPUTUSAN ONLINE KEMASUKAN KE UA/IPTA

Semakan keputusan UPU Panduan buat pemohon yang membuat permohonan UPU 2022 ke UA/ IPTA, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sesi 2022/2023. Pasti anda ingin tahu bilakah tarikh semakan tawaran UPU bagi sesi 2022/2023. Untuk makluman semua, Semakan Keputusan UPU 2021 boleh dibuat pada bulan — 2022 bagi lepasan SPM/setaraf manakala bagi lepasan STPM/setaraf adalah pada bulan — 2021.

Keputusan UPU boleh disemak secara online dan SMS serta aplikasi UPUPocket 2.0. Pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan masih berpeluang memasuki Institusi Pengajian tinggi yang dihajati dengan membuat rayuan UPU.

Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILKA) peringkat sivil, Asasi Dan Diploma Sesi Akademin 2022/2023 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini boleh mula disemak.

Baca juga: PERMOHONAN PERANTISISWA SEMAKAN TARIKH TERIMA PERANTI FASA KEDUA

TARIKH SEMAKAN

Semakan bagi pemohon lepasan SPM boleh dibuat bermula 22 Julai 2022 (12.00 tengah hari) hingga 31 Julai 2022 (5.00 petang).

Tempoh Setuju Terima Tawaran

Bagi calon yang mendapat keputusan berjaya, sila kemukakan akuan setuju terima tawaran dalam tempoh berikut:

23 Julai hingga 31 Julai 2022

CARA SEMAKAN

Cara semakan permohonan UPU secara online

  1. Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan di bawah.

  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.

  3. Log masuk seperti biasa.

  4. Semak keputusan rayuan yang tertera.

  5. Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran mulai 23 Julai hingga 31 Julai 2022.

Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut:

CARA MEMBUAT RAYUAN

Berikut adalah maklumat berkaitan semakan rayuan UPU sesi ambilan 2022/ 2023 buat rujukan pelajar.

Permohonan rayuan boleh dibuat secara online setelah tarikh hebahan keputusan UPU 2022 telah diumumkan secara rasmi.

Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran sahaja boleh membuat rayuan melalui UpUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik

Permohonan rayuan boleh dibuat melalui Portal Rasmi UPU: https://upu.mohe.gov.my/

1 thought on “PERMOHONAN UPU 2022:SEMAKAN KEPUTUSAN ONLINE KEMASUKAN KE UA/IPTA”

Leave a Comment