Pinjaman Bercagar KWSP ( Berapa Kadar Interest & Bayaran Bulanan )

Senarai Kandungan

Pinjaman Bercagar KWSP ( Berapa Kadar Interest & Bayaran Bulanan )

Pinjaman Bercagar KWSP

Pinjaman bercagar KWSP.

Hanya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tertentu sahaja akan diberi pertimbangan menggunakan caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarat kaedah itu bagaimanapun akan diperketatkan.
Beliau menegaskan, mereka tetap tidak dibenarkan mengeluarkan caruman daripada KWSP melalui pengeluaran bersasar seperti dilakukan sebelum ini.
BACA JUGA :
Ketika sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Khamis, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.
Jelasnya, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit. Pinjaman bercagar KWSP.

Pinjaman bercagar KWSP.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pinjaman menggunakan wang caruman sebagai sandaran kepada bank sudah dirujuk kepada Peguam Negara.

Perdana Menteri menjelaskan, hasil rujukan itu mendapati tiada percanggahan membabitkan Seksyen 51 Akta KWSP 1991.

Katanya, pemberian dividen terhadap peminjam kaedah itu akan diteruskan, sekali gus risiko dalam aspek terbabit sangat minimum.

Dari sudut jaminan kepentingan peminjam, dividen akan diteruskan walaupun beri cagaran contohnya RM50,000 sebagai pinjaman.

BANTUAN KERAJAAN RM500 

Kerajaan akan menambah caruman simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM500 kepada ahli yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia membabitkan peruntukan hampir RM1 billion yang akan diberikan kepada hampir dua juta ahli yang berusia antara 40 hingga 54 tahun.

 

Leave a Comment