PORTAL PTPK:CARA CHECK BAKI PINJAMAN PTPTK ONLINE

PORTAL PTPK:CARA CHECK BAKI PINJAMAN PTPTK ONLINE

Apa itu PTPK?

Di bawah Rancangan Malaysia Ke 10 (RMKe-10), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan dana pinjaman peningkatan kemahiran kepada golongan pekerja.Tujuan pembiayaan pinjaman ini adalah untuk meningkatkan kelayakan pekerja sama ada secara

  • Menjalani latihan semula (Reskiling);
  • Menjalani latihan kemahiran baru untuk menyokong kemahiran sedia ada (Multiskiling);
  • Menjalani latihan kemahiran untuk meningkatkan tahap (Upskiling);atau
  • Menjalani latihan kemahiran bagi mendapatkan persijilan dari pengetahuan dan pengalaman kerja

Baca juga: BANTUAN YAWAS 2022:PERMOHONAN SKIM BANTUAN TADIKA SELANGOR TUNAS

CARA CHECK BAKI PINJAMAN MELALUI PORTAL PTPK

Cara semakan baki pinjaman PTPK adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web rasmi PTPK di sini: www.ptpk.gov.my
  2. Ia biasanya akan dipaparkan pada kedudukan paling atas pada enjin carian Google. Klik Pautan
  3. Anda akan melihat paparan Log Masuk.
  4. Paparan log masuk akan meminta anda memasukkan Kad Pengenalan dan Kata Laluan.
  5. Jangan risau, jika ini kali pertama anda menggunakannya, anda harus emel terlebih dahulu Nombor Kad Pengenalan dan Nama Peminjam ke alamat emel [email protected] dengan subject “Memohon Kata Laluan”.
  6. Anda juga boleh melakukan perkara sama dengan menghantar mesej Messenger, Apakah yang ditawarkan oleh PTPK terus kepada pihak PTPK di Facebook mereka iaitu di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)? – Pinjaman Tabung Kemahiran.
  7. Hal ini supaya anda dapat diberikan Kata Laluan untuk membuat log masuk ke dalam laman web ini.
  8. Panduan ini tersedia sebagai informasi di bawah ruangan Log Masuk Anda boleh rujuk pada bila-bila masa.
  9. Sekiranya anda masih belum mendapat sebarang respon daripada PTPK mengenai kata laluan, anda boleh cuba masukkan nombor akaun pinjaman anda seperti contoh 04/05326.
  10. Sekiranya anda terlupa Kata Laluan, anda boleh hantar emel atau mesej kepada pihak PTPK melalui alamat emel dan Facebook yang sama.
  11. Anda tidak boleh membuat permohonan kata laluan melalui SMS ke 15888 kerana perkhidmatan berkenaan telah ditamatkan.
  12. Apabila password telah diberikan, anda boleh teruskan cara ini.
  13. Masukkan dahulu Nombor Kad Pengenalan di ruangan yang betul tanpa sebarang space.
  14. Kemudian, masukkan kata laluan.
  15. Seterusnya, tekan butang MASUK.
  16. Apabila berjaya, anda akan mendapat paparan Maklumat Peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran di skrin anda.
  17. Pada bahagian Maklumat Lejar berwarna kuning, sila cari dan lihat column Akaun. Ia adalah sebaris dengan ID Pemohon, Tempoh Bayaran Balik, dan Status Lejar.
  18. Anda akan dapati nombor akaun pinjaman anda tertera di situ bersama-sama Baki Terkini di sebelahnya.
  19. Anda kini telah mengetahui baki terkini pinjaman PTPK anda.
  20. Untuk melihat dengan lebih lanjut maklumat baki pinjaman PTPK, anda boleh tekan No Akaun Pinjaman
  21. Anda kini akan dipaparkan dengan Penyata Peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran. Anda boleh menyemak baki terkini, baki tertunggak, jumlah pinjaman diluluskan dan amaun bayaran balik sebulan.
  22. Tahniah! Anda telah selesai membuat semakan.
  23. Anda boleh Log Keluar dan keluar daripada laman web setelah selesai meneliti semakan.

CARA BAYAR PINJAMAN PTPTK

Cara Bayar PTPTK (Potongan Gaji Setiap Bulan)

Boleh dapatkan borang dan muat turun di link ini di portal PTPK (BORANG PEMOTONGAN GAJI) http://smart.ptpk.gov.my:8080/WebApp/WebFormEN.aspx

  1. Lengkapkan borang tersebut.
  2. Dapatkan kelulusan dan pengesahan daripada majikan tempat kerja anda.
  3. Borang yang telah lengkap diisi perlu berserta dengan KELULUSAN MAJIKAN dan dihantar ke alamat berikut:

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 15-19 dan 27, Menara Dato’ Onn,
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
No. 45 Jalan Tun Ismail
50530 Kuala Lumpur
(u/p: Bahagian Bayaran Balik & Penguatkuasaan)

4.Anda juga boleh emailkan kepada : [email protected]


Permohonan akan diproses dan dipanjangkan kepada pihak majikan untuk tindakan potongan gaji. Pemantauan setiap bulan akan dilakukan dan kegagalan potongan gaji dilakukan selama tiga (3) bulan berturutan akan membatalkan permohonan potongan gaji. Peminjam dinasihatkan untuk membuat bayaran balik melalui kaedah lain seperti yang dilampirkan kerana permohonan bayaran balik melalui potongan gaji akan mengambil masa bergantung kepada pihak majikan peminjam.

Cara Bayar PTPTK (Potongan Duit KWSP)

Syarat pengeluaran KWSP untuk tujuan pembayaran balik pinjaman adalah hanya layak diberi kepada peminjam yang pernah mengikuti pengajian Diploma Tahap 4 dan ke atas, yang membuat pinjaman dengan PTPK sahaja. Manakala bagi pinjaman Tahap 3 dan ke bawah perlu menggunakan kaedah pembayaran lain yang disediakan oleh PTPK untuk menyelesaikan pinjaman tersebut.

Sekiranya peminjam memenuhi kelayakan di atas, peminjam perlu melengkapkan borang permohonan penyata baki pinjaman (KWSP).

Mohon membuat kiriman WANG POS bernilai RM20 atas nama Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Di belakang kepingan wang pos, bahagian tujuan kiriman hendaklah dinyatakan

SALINAN DOKUMEN PERJANJIAN PINJAMAN (KWSP).

Mohon menghantar borang tersebut ke PTPK di alamat atau emelkan:

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 17 Menara Dato’ Onn
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
No. 45 Jalan Tun Ismail
50530 Kuala Lumpur
(u.p: Cawangan Bayaran Balik)

Boleh dapatkan borang dan muat turun di link ini, (BORANG PERMOHONAN SURAT PENYATA BAKI PINJAMAN LATIHAN KEMAHIRAN) http://smart.ptpk.gov.my:8080/WebApp/WebFormEN.aspx

Leave a Comment