PROGRAM YTP MARA 2022:PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS YTP MARA
Permohonan YTP MARA Young Talent Development Programme telah dibuka untuk permohonan bagi mereka yang layak.
Bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, anda kini boleh membuat permohonan YTP MARA penajaan pinjaman pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah iaitu Young Talent Development Programme (YTP) 2022.
Pinjaman Boleh Ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima pemohon boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian dan ini tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.
Apakah YTP Mara
Untuk makluman, program ini dilaksanakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang merupakan sebuah agensi Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen.
Oleh itu, YTP ditawarkan kepada pelajar cemerlang SPM 2020 untuk mereka melanjutkan pangajian mereka bermula di peringkat persediaan hingga ke peringkat ijazah pertama di institusi pendidikan tinggi terpilih di dalam dan luar negara.
Baca juga: PERMOHONAN UPU 2022:SEMAKAN KEPUTUSAN ONLINE KEMASUKAN KE UA/IPTA
TARIKH PERMOHONAN YTP MARA
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA http://www.mara.gov.my mulai 17 Jun 2022 (Jumaat) hingga 27 Jun 2022 (Isnin).
SYARAT PERMOHONAN PROGRAM YTP MARA
Syarat Umum
Pemohon yang ingin memohon pembiayaan YTP ini perlu memenuhi syarat-syarat umum iaitu:
- Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
- Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
- Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
- Lulus pemeriksaan kesihatan.
Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
Syarat Khusus
Selain syarat umum, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus seperti berikut:
- Pemohon telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat kali pertama pada tahun 2020.
- Pemohon memenuhi syarat kelayakan program seperti yang diiklankan.
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat kelayakan akademik yang ditetapkan secara umumnya adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah memperolehi sekurang-kurangnya 3 A- bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan percubaan SPM 2020; atau
- 3 A- bagi mana-mana mata pelajaran dan kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 tahun 2019 (bagi pemohon yang tiada keputusan percubaan SPM).
CARA PERMOHONAN
Cara permohonan YTP MARA
- Layari Portal MARA http://www.mara.gov.my
- Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu di pautan https://myeduloan.mara.gov.my/v2/ sebagai
pengguna baharu sebelum mengisi permohonan. - Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami garis panduan yang disediakan sebelum membuat permohonan.
- Pemohon dikehendaki melengkapkan maklumat permohonan seperti berikut:
i. Maklumat peribadi dan keluarga
ii. Cadangan Pengajian
iii. Ujian Psikometrik
iv. Perakuan keterangan