REPORT KREDIT CTOS ONLINE:CARA DAPATKAN LAPORAN MYCTOS
Credit Tip Off Service (CTOS) menyediakan laporan kredit yang digunakan secara meluas oleh institusi kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon. Secara amnya, CTOS merupakan salah satu Agensi Pelaporan Kredit (CRA) swasta di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Lazimnya, institusi kewangan di Malaysia menggunakan lebih daripada satu laporan kredit untuk mengetahui tahap kesihatan kredit pemohon.
Baca juga: CALTEXGO:CARA DAFTAR/GUNA ISI MINYAK
Senarai Kandungan
CARA DAPATKAN REPORT KREDIT CTOS
Sekiranya anda ingin laporan kredit CTOS anda, berikut adalah caranya:
Cara dapatkan report kredit CTOS
- Layari laman web rasmi CTOS https://ctoscredit.com.my/.
- Login akaun anda.
- Pada paparan utama akan memaparkan maklumat asas berkaitan Laporan Kredit CTOS anda.
- Untuk dapatkan maklumat terperinci, klik pada Get Your CTOS Score Now.
- Isikan Kata Laluan anda dan klin Get Report.
- Anda akan dibawa ke halaman pembayaran. Selesaikan proses pembayaran anda.
- Selesai.
Laporan CTOS yang lengkap berharga RM25.
DAFTAR UNTUK REPORT KREDIT CTOS ONLINE
Sebelum anda ingin login ke portal semak status CTOS online, anda perlu buat pendaftaran dahulu. Berikut adalah cara daftar CTOS:
- Layari laman web rasmi CTOS https://ctoscredit.com.my/
- Tekan Daftar Sekarang.
- Pilih jenis dokumen. pilih MyKad jika anda warganegara Malaysia
- Sila isikan Butiran yang diperlukan seperti:
- Nama penuh
- Nombor kad pengenalan
- Email (pastikan yang aktif)
- Nombor telefon
- Seterusnya klik Get Verification Code. Masukkan Verification Code yang diterima untuk buat pengesahan
- Klik “Continue”
- Masukkan Katat Lalauan anda inginkan, Muat Naik Kad Pengenalan anda, Masukkan Alamat rumah anda, tekan Continue
- Jawab soalan yang tertera, klik Complete setelah selesai.
- Email pengesahan akan dihantar ke email anda untuk memaklumkan bahawa akaun anda telah disahkan,
- Pendaftaran selesai.
CARA LOGIN CTOS
Setelah selesai proses pendaftaran seperti di atas, anda sekarang boleh login Akaun CTOS. Berikut adalah cara Login:
- Layari laman web rasmi CTOS https://ctoscredit.com.my/
- Masukkan No Kad Pengenalan anda
- Masukkan Kata laluan anda
- Klik Login. Anda telah berjaya login akaun CTOS anda
MAKLUMAT DALAM REPORT KREDIT CTOS
Laporan CTOS akan memaparkan maklumat berikut:
- Pengesahan identiti
- Informasi perniagaan, pengarah dan pemilikan perniagaan
- Butir-butir tindakan undang-undang, status kes, maklumat kebankrapan
- Sejarah Kewangan – Terdiri daripada 3 bahagian iaitu
- Permohonan kredit semasa dan butiran CCRIS
- Rekod cek tidak sah
- Komen anda
PANDUAN SKOR CTOS TERBAIK
Sekiranya anda ingin dapatkan skot CTOS yang terbaik, seharusnya anda harus amalkan:
- Pembayaran bil-bil anda tepat pada masanya.
- Segera menyelesiakan bayaran hutang tertunggak.
- Pastikan jumlah hutang rendah dan pembayaran bulanan anda dengan berdisiplin
- Perbaiki rekod kredit anda jika anda pernah menghadapi masalah. Jika anda menghadapi kesulitan menguruskan kesihatan kredit anda, anda boleh berjumpa dengan penasihat, kaunselor kredit atau perkhidmatan kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat.
- Semak laporan MyCTOS secara berkala supaya anda boleh memantau kesihatan kredit anda. Dengan ini, anda boleh mengambil langkah awal jika anda mempunyai sebarang masalah atau isu kewangan.
1 thought on “REPORT KREDIT CTOS ONLINE:CARA DAPATKAN LAPORAN MYCTOS”