SARJANA PENDIDIKAN PROGRAM UKM EKSEKUTIF MOD CUTI SEKOLAH 2023

SARJANA PENDIDIKAN PROGRAM UKM EKSEKUTIF MOD CUTI SEKOLAH 2023

Berita gembira buat lepasan ijazah sarjana muda pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menawarkan peluang mengikuti program sarjana Pendidikan secara mod cuti sekolah.

Peluang ini adalah kesempetan buat para guru terutamanya kerana kursus dijalankan hanya pada masa cuti sekolah. Ini dapat membantu guru menyusun masa dengan lebaik baik dan teratur.

Kami menyediakan panduang lengkap untuk permohonan program sarjana pendidikan tersebut.

Baca juga: RUMAH SEWA KPT:CARA DAFTAR PERMOHONAN RUMAH SISWA PELAJAR IPTA

CARA PERMOHONAN PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

Cara permohonan

  1. Layari www.koperasisiswazah.com untuk mendapatkan maklumat serta borang permohonan.

  2. Hantarkan borang yang lengkap diisi kepada pihak urusetia di e-mel [email protected].

PENGHANTARAN BORANG PERMOHONAN

Kepilkan SLIP BAYARAN wang pemprosesan bersama DOKUMEN yang diperlukan (WAJIB)

EMAIL:

Borang permohonan berserta DOKUMEN (rujuk senarai semakan) dalam BENTUK PDF perlu diemailkan ke: [email protected]

POS:

Kepilkan SLIP BAYARAN bersama dokumen yang dipos. Borang Permohonan dan dokumen (rujuk senarai semakan) perlu di hantar ke alamat:

Koperasi Siswazah Bangi Berhad
Paras 1, Bangunan Pentadbiran
Kolej Keris Mas, 43600
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor

SYARAT KEMASUKAN

Program sarjana ini terbuka kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda dari apa jua bidang.

Calon sarjana program ini perlu menghabiskan 40 jam unit kerja kursus DAN menerbitkan satu prosiding/artikel jurnal berwasit bersama penyelia.

Mod pengajian adalah secara Kerja Kursus.

BIDANG YANG DITAWARKAN

20 bidang pengajian ditawarkan iaitu:

  1. Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)
  2. Kurikulum dan Pedagogi
  3. Pendidikan Khas
  4. Pendidikan Bahasa Melayu
  5. Pendidikan Islam
  6. Pendidikan Sains
  7. Pendidikan Perniagaan dan Keusahawanan
  8. Pengurusan Sukan
  9. Pentadbiran Pendidikan
  10. Sosiologi Pendidikan
  11. Pendidikan Sejarah
  12. Pendidikan matematik
  13. Psikologi Pendidikan
  14. Pendidikan Prasekolah
  15. Penialaian dan Pengukuran
  16. Pendidikan Ekonomi
  17. Pendidikan Bahasa Arab
  18. Pendidkan Sumber dan Teknologi Maklumat (Teknologi Pendidikan)
  19. Pendidikan Komputer
  20. Pendidikan Sastera

Struktur: Kerja Kursus & Projek Penyelidikan

Kerja Kursus

  1. 5 Kursus Teras Fakulti (13 Unit)
  2. 5 Kursus Pengkhususan (15 Unit)
  3. 2 Kursus Pilihan (6 Unit)

Projek Penyelidikan

  1. Kertas Projek I (3 Unit)
  2. Kertas Projek II (3 Unit)

TEMPOH PENGAMBILAN

Pengambilan pelajar program ini dibuat setahun sekali sahaja.

LOKASI PUSAT PENGAJIAN

4 lokasi pusat pengajian untuk dipilih iaitu:

  • UKM Bangi
  • Kota Bharu
  • Kota Samarahan
  • Kota Kinabalu

Leave a Comment