SEMAK STATUS UKCG 2022 : SEMAKAN KEPUTUSAN EUKCG
UKCG ataupun sebenarnya dipanggil Ujian Kelayakan Calon Guru. Sesetengah temuduga digelar sebagai INSAK atau Medsi.
Soalan menguji tahap kelayakan profesion seorang guru.
Soalan UKCG ini tidak ada format jawapan yang boleh dihafal.
Soalan dipecah kepada beberapa bahagian. Biasanya 45 minit untuk 180 soalan. Jadi, ada 15 saat sahaja untuk satu soalan.
Soalannya menguji inventori seorang guru yang merangkumi integriti, personaliti, kecerdasan emosi dan sifat terpuji yang perlu ada pada seorang guru.
Apakah UKCG & eUKCG?
UKCG adalah ringkasan kepada Ujian Kelayakan Calon Guru
e-UKCG adalah merupakan ujian psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG.
Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.
Baca juga: CONTOH SOALAN JAWAPAN UKCG 2022:FORMAT TERKINI DAN TERBARU E-UKCG
Senarai Kandungan
SEMAK STATUS UKCG
Semak Keputusan Ujian Kelayakan Calon Guru secara dalam talian (eUKCG) bagi Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 boleh disemak melalui pautan https://ukcg.moe.gov.my/ mulai 28 Jun hingga 3 Julai 2022.
CARA MENJAWAB EUKCG
e-UKCG hanya boleh dijawab secara dalam talian.
Calon boleh menduduki e-UKCG di kediaman masing-masing atau di mana-mana tempat yang mempunyai talian internet yang baik.
e-UKCG mengandungi banyak soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa yang terhad. Oleh yang demikian, calon dinasihatkan untuk menjawab secara spontan. Pilih jawapan yang sesuai dengan diri sendiri.
Calon boleh menduduki e-UKCG di kawasan atau tempat lain yang ada menyediakan perkhidmatan internet dengan baik seperti kafe siber, pusat ICT kampung, sekolah, perpustakaan awam atau di kawasan-kawasan yang menyediakan internet tanpa wayar. Perlu diingatkan, e-UKCG adalah SULIT.
Calon tidak dibenarkan menunjuk, membuka ruang untuk orang lain melihat atau menyebarkan soalan ujian kepada individu atau pihak lain.
Oleh itu calon memerlukan talian internet dan digalakkan menggunakan komputer atau komputer riba untuk menjawab e-UKCG untuk lebih selesa.
Walau bagaimanapun calon boleh menjawab menggunakan alat-alat lain seperti telefon bimbit atau tablet.
Untuk mengetahui anda layak atau tidak anda ambil ujian ini, boleh check melalui pautan yang dikongsikan di bawah ini:
Pautan: https://ukcg.moe.gov.my/