SEMAKAN KEPUTUSAN UPU:CHECK STATUS PANGGILAN TEMUDUGA UPU/IPTA SESI 2022/2023

SEMAKAN KEPUTUSAN UPU:CHECK STATUS PANGGILAN TEMUDUGA UPU/IPTA SESI 2022/2023

Semakan penggilan temuduga UPU 2022 penting bagi mereka yang membuat permohonan kemasukan ke universiti bagi sesi kemasukan tahun 2022. Perhatian buat pelajar lepasan SPM/ STPM dan Setaraf, kini anda boleh mula membuat semakan panggilan Temuduga UPU dan /atau Ujian Program Pengajian Pendidikan bagi Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2022 / 2023.

Kepada pelajar yang belum membuat permohonan tetapi berminat dan berkelayakan, permohonan UPUonline tahun 2022 akan dibuka pada tarikh 9 MEI 2022. Dasar dan kriteria pemilihan adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi.

Untuk mengakses borang permohonan, pemohon perlu membeli Pin Unik ID UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan sebelum tarikh tutup . Permohonan memasuki UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No.KP/ My Kad sahaja.

Berikut adalah panduan membuat Semakan Panggilan Temuduga UPU 2022 Online.

Baca juga: SEMAKAN TINGKATAN 6 2022:CHECK KEPUTUSAN TAWARAN ONLINE & SMS

SEMAKAN KEPUTUSAN TEMUDUGA UPU/IPTA PROGRAM PENDIDIKAN

Berikut adalah pemakluman berkenaan semakan tersebut.

Sila hubungi Universiti Awam yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

CARA SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA UPU

Semakan keputusan panggilan temu duga dan ujian boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Cara semakan panggilan temuduga UPU

  1. Layari laman web semakan berikut mengikut institusi yang dipohon:
    – UPSI: https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga
    – UniSZA: https://www.unisza.edu.my/tawaran
    – UiTM: https://www.online.uitm.edu.my
    – UKM: https://smp.ukm.my/etemuduga/semakan
    – UUM: http://uum.edu.my/kemasukan
    – UPNM: https://kemasukan.upnm.edu.my/temuduga
    – JPPKK : http://ambilan.mypolycc.edu.my
    – ILJTM : https://www.jtm.gov.my/semakantemuduga

  2. Masukkan no kad pengenalan pemohon.

  3. Klik butang “Semak.”

  4. Keputusan semakan dipaparkan.

  5. Selesai.

TARIKH SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA UPU

Semakan boleh mula dibuat secara atas talian mulai 5 Julai 2022 dan tarikh tertentu mengikut pusat pengajian tinggi yang telah ditetapkan.

*Nota

Calon diharap supaya bersabar dalam mengakses laman web pusat pengajian tinggi kerana berkemungkinan mengalami kesesakan. Pastikan nombor kad pengenalan diisi dengan betul.

Leave a Comment