SEMAKAN STATUS BKM : CARA CHECK KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA ONLINE 2022

SEMAKAN STATUS BKM : CARA CHECK KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA ONLINE 2022

Untuk makluman anda, bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2021, anda sudah boleh membuat Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia. Portal Rasmi Bantuan BKM sudah pun dibuka.

Bagaimana nak semak/check BKM 2022 online? Macam mana nak buat Permohonan/Register/Apply baru Bantuan Keluarga Malaysia? Adakah perlu daftar akaun myBKM? Rujuk di dalam panduan ini.

Baca juga : i-SAYANG : CARA MOHON PENGELUARAN KWSP UNTUK PEMINDAHAN KE AKAUN ISTERI SEBANYAK 2% 2022

SEMAKAN STATUS BKM 2022 ONLINE

PANDUAN LENGKAP CARA BUAT SEMAKAN STATUS BKM 2022 ONLINE.

  1. Sila layari Laman Web Rasmi Semakan Status BKM di sini : https://bkm.hasil.gov.my/Account/Login.

  2. Anda akan dibawa ke Halaman LOG MASUK.

  3. Untuk makluman anda, jika sebelum ini anda tidak mempunyai akaun Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda dikehendaki membuat pendaftaran akaun BKM atau permohonan baru BKM di sini : https://ekerajaanmalaysia.com/mybkm-permohonan-baru.

    Hal ini kerana, data penerima dan pemohon Bantuan BPR sebelum ini digunakan untuk Log Masuk atau Login ke Bantuan BKM untuk buat Semakan Status BKM. Kepada anda yang sudah mempunyai akaun BPR sebelum ini boleh gunakan Kata Laluan/Password dari akaun myBPR sebelum ini untuk Check Status Permohonan dan Kemaskini di myBKM.

  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan NO MYKAD/ID PENGGUNA.

  5. Tekan [Semak].

  6. Anda akan diminta buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.

  7. Tekan [Ya] jika betul.

  8. Masukkan Kata Laluan/Password anda.

  9. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Login Portal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

  10. Tekan Menu [Semakan Status].

  11. Maklumat Status Permohonan BKM akan dipaparkan. Jika Status Permohonan anda menunjukkan Permohonan Diterima bermaksud Permohonan anda telah berjaya dimohon. Tetapi anda dikehendaki membuat Kemaskini Maklumat jika terdapat perubahan ataupun penambahan.

  12. Status Permohonan anda sama ada Lulus atau Tidak belum lagi dipaparkan kerana sekarang adalah proses untuk membuat Kemaskini ataupun Permohonan Baharu sahaja.

  13. Selesai.

CARA BUAT RAYUAN BKM 2022

Permohonan Rayuan BKM 2022 boleh dibuat seperti berikut:

Anda digalakkan untuk membuat permohonan rayuan BKM 2022 secara dalam talian atau online dengan mudah, cepat dan selamat.

Cara Buat Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 di sini : [RAYUAN BKM 2022 AKAN DIKEMASKINI ATAU UPDATE SELEPAS DIUMUMKAN BUAT SEMENTARA INI MASIH BELUM DIUMUMKAN LAGI HANYA UNTUK KEMASKINI DAN PERMOHONAN BARU SAHAJA]

Untuk INFO AWAL RAYUAN BKM 2022 dan SEMAKAN STATUS LULUS BKM 2022 di umumkan sila Join Channel Telegram Bantuan Keluarga Malaysia di sini : https://t.me/bantuankeluargamalaysia.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) UNTUK ISI RUMAH ATAU WARGA EMAS ATAU BUJANG

Kepada anda yang lulus dan layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini, anda boleh semak jumlah bayaran bantuan yang anda terima mengikut kategori bantuan yang dinyatakan di bawah. Bantuan BKM ini dibayar mengikut kategori dan jumlah bayaran adalah berbeza bagi setiap kategori. Jadi sila semak berapa jumlah bayaran BKM yang anda akan terima di jadual bawah ini.

KATEGORI BANTUANPENDAPATANBILANGAN ANAKNILAI/JUMLAH BANTUAN (RM)
Isi RumahRM2,500 dan ke bawahTiada anakRM1000
Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah 1-2RM1500
Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah 3 orang anak dan ke atasRM2000
Isi Rumah RM2,501 – RM5,000Tiada anakRM400
Isi Rumah RM2,501 – RM5,000 1-2RM600
Isi RumahRM2,501 – RM5,000 3 orang anak dan ke atasRM800
Warga Emas Bujang/Tiada PasanganRM5,000 dan ke bawahTiada anakRM600
BujangRM2,500 dan ke bawahTiada anakRM350
JUMLAH/NILAI BAYARAN BKM 2022 BUJANG WARGA EMAS ISI RUMAH

TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2022

Sebagai pengetahuan kepada anda, buat masa ini pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan 4 kali setahun dan tarikh pembayaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

RUJUKAN

Jika anda mempunyai soalan dan pertanyaan untuk bertanya, anda boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat dan informasi ini supaya dapat memudahkan dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memanfaatkan anda.

Nombor Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747

Nombor Hotline BKK MoF : 03-8882 4565/03-8882 4566

1 thought on “SEMAKAN STATUS BKM : CARA CHECK KELULUSAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA ONLINE 2022”

Leave a Comment