TUKAR NAMA TANAH : CARA ATAU PROSEDUR SERTA KOS PINDAH PEMILIK GERAN DAN DOWNLOAD BORANG ONLINE 2022
Untuk makluman anda, sekiranya anda ingin menukarkan nama di dalam geran tanah milik anda kepada nama ahli keluarga seperti anak atau isteri ataupun anda ingin menjual dan juga ingin membeli rumah atau sebarang hartanah, proses pertukaran nama dalam geran tanah adalah proses yang perlu dilakukan supaya tanah atau rumah yang dibeli atau diberi itu akan dimasukkan nama pemilik di dalam geran.
Apabila nama pemilik yang baru dimasukkan nama di dalam geran, barulah hartanah yang diberi atau yang dibeli itu menjadi milik pemilik baru yang sah. Contohnya, jika anda ingin wariskan sebidang tanah kepada isteri anda dan anda tidak tukar nama tanah di dalam geran ini akan menyebabkan apabila anda sudah meninggal akan menjadi masalah kerana nama isteri anda tidak terdapat di dalam geran yang anda ingin waris.
Oleh itu, pihak kami nasihatkan kepada orang ramai supaya segeralah tukar nama tanah yang anda miliki jika anda berniat untuk mewariskan ataupun ingin dijual dan juga ingin diberikan kepada yang berhak.
Senarai Kandungan
APA ITU TUKAR NAMA TANAH?
Tukar Nama Tanah adalah prosedur atau proses di mana meletakkan nama pemilik baru hartanah di dalam geran apabila tanah atau rumah yang dimiliki oleh pemilik asal dijual atau diberi atau dibeli oleh pemilik baru. Nama pemilik baru mestilah dimasukkan di dalam geran untuk menjadikan transaksi pembelian, penjualan dan pemberian hartanah tersebut sah di sisi undang-undang.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Senarai dokumen untuk proses penukaran nama hartanah di geran kepada pemilik baru yang diperlukan untuk anda proses tukar nama tanah kepada anak atau isteri atau pemilik lain adalah seperti di bawah ini.
- Geran Tanah (Original/Asal).
- Kad Pengenalan Pemilik Lama.
- Kad Pengenalan Pemilik Baru.
BORANG ONLINE TUKAR NAMA TANAH
Sila download atau muat turun borang online di bawah ini.
Borang ini diambil di laman web rasmi : https://www.selangor.gov.my/klang/resources/Borang%20Pendaftaran/BORANG_14A-_update_6JULAI2020.pdf dan https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfborang/C013PDS15.pdf.
CARA ATAU PROSEDUR TUKAR NAMA TANAH
PANDUAN LENGKAP CARA TUKAR NAMA TANAH.
- Sila hadir dimana-mana pejabat tanah berdekatan dengan anda.
- Bawa dokumen dan perkara yang diperlukan untuk penukaran nama pemilik tanah.
Dokumen yang diperlukan untuk proses tukar nama tanah adalah seperti berikut :
1. Geran Tanah (Original/Asli).
2. Pastikan Pembeli/Pemilik baru hadir bersama (jika nama ramai pastikan semua turut hadir).
3. Kad Pengenalan Pemilik Lama dan Pemilik Baru (jika nama ramai pastikan semua bawa).
4. Pen Hitam Dakwat Cair (Ballpen tidak dibenarkan). - Sila isi Borang 14A di atas dengan pen hitam dakwat cair.
- Serah ke Kaunter Pejabat Tanah apabila Borang 14A tersebut siap diisi dan lengkap.
- Sekiranya tiada masalah, anda akan diminta untuk berjumpa pegawai pemeriksa yang sebenar untuk di cop tarikh dan cop pentadbir tanah yang mana berkenaan.
- Kemudian, anda akan di minta untuk mengambil nombor giliran untuk berjumpa dengan pentadbir tanah.
- Sekiranya semuanya lengkap pentadbir tanah akan minta cop jari pemilik lama dan pemilik baru pada borang 14A, dan seterusnya beliau akan tanda tangan pada borang 14A tersebut di tempat yang berkenaan.
- Seterusnya, anda dikehendaki membuat bayaran Duti Setem. Pastikan anda telah lengkap mengisi borang PDS 15 dalam format PDF di atas.
- Pastikan anda membuat lima (5) salinan dokumen-dokumen di bawah.
1. Borang 14A.
2. Geran Tanah Original.
3. Kad Pengenalan Pemilik Lama.
4. Kad Pengenalan Pemilik Baru.
5. Surat Beranak/Sijil Kelahiran. - Anda dikehendaki pergi ke kaunter LHDN yang berhampiran anda dan serahkan borang tersebut bersama salinan yang dinyatakan di atas.
- Kemudian pihak LHDN akan menelefon anda dalam tempoh 30 (tiga puluh hari) dari tarikh penerimaan borang tersebut.
- Setelah bayaran dibuat di LHDN. Bawa resit pembayaran ke pejabat tanah semula (Bahagian Pendaftaran atau Bahagian Pentadbiran). Bawa sekali dokumen-dokumen yang anda bawa ke LHDN sebelum ini.
- Sekiranya anda masih belum bayar cukai tanah, boleh bayar cukai tanah tahun semasa sekali.
- Seterusnya, hantar borang 14A berserta dokumen dan anda perlu tunggu sehingga surat untuk ambil geran anda sampai ke rumah.
- Selesai. Untuk makluman anda, surat untuk ambil geran yang siap memang agak lama. Kemungkinan boleh mencecah sehingga 2 bulan. Harap bersabar.
KOS TUKAR NAMA TANAH
Berdasarkan maklumat semasa nilai duti setem, kos tukar nama tanah adalah seperti berikut :
- Sekiranya nilai tanah RM 100K pertama – 1%
- Sekiranya nilai tanah RM 400K berikutnya – 2 %
- Sekrianya nilai tanah selebihnya – 3%
CONTOH PENGIRAAN KOS TUKAR NAMA TANAH
Berikut adalah contoh pengiraan kos penukaran nama geran hartanah, contohnya, nilai tanah anda adalah RM200K.
- Cukai adalah RM100K pertama (1%) – RM1,000.00
- Cukai RM100K berikutnya (1%) – RM2,000.00
- Ini bermaksud jumlah cukai adalah RM3,000.00
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT
Sebarang soalan dan pertanyaan lanjut anda boleh hubungi pihak pejabat tanah yang berdekatan dengan anda untuk sebarang pertanyaan dan jawapan yang lebih tepat dan jelas. Pihak kami berkongsi maklumat ini untuk memudahkan pihak anda. Sebarang cadangan boleh tinggalkan pesanan di bahagian komen di bawah ini. Terima kasih.
selmt tengah hari, tanya bagaimana cara untuk tambah nama dalam geran tanah. Tkasih
assalamualaikum tuan. ingin bertanya. masa yg mana sesuai utk buat serahan pembayaran penuh kepada penjual tanah?
sewaktu serah pembayaran, adakan perlu surat hitam putih?
sekian, terima kasih.
Saya nak tanya..owner baru sudah miliki geran ori yang sudah d tukar nama oleh owner lama..jadi sekarang owner lama buat laporan palsu mengatakan tanah dia dipaksa untuk tukar atas nma owner baru..so disini sy nak bertanya adakah boleh owner lama buat geran baru tanpa persetujuan oleh owner baru dan bolehkah owner lama naik mahkamah untuk buat tuntutan hak untuk miliki geran baru dan msok kan nama owner lama dalam geran yg baru tp atas tanah yang sama..jika perkara tersebut berlaku..adakah nama owner lama akan dikeluarkan dri system dan digantikan nama pada owner lama..please respon
salam sejahtera tuan
bagaimana pula dengan owner sekarang di labelkan sebagai pentadbir.
macam mana urusan / prosedur untuk menetapkan pentadbir sebagai pemilik.